HULU TERENGGANU – Pelajar cemerlang Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Syafiq Bukhari Bin Harun, 20, akan meneruskan pengajiannya di Universiti Sains dan Teknologi, Yaman, dalam bidang Usuluddun.
Beliau yang berminat bidang tafsir al-Quran sejak dibangku sekolah menengah lagi berkata, makna dalam kitab suci al-Quran itu, adakalanya tidak pernah terlintas dalam pemikiran manusia.
“(saya) berminat Tafsir (al-Quran) dari sekolah menengah lagi, Ma’ahad Darul Quran……..minat makna-maknanya, sebab apabila (kita) baca makna al-Quran ni kadang-kadang ada makna tidak terlintas pada pemikiran kita,
“jadi apabila belajar di sini (KUDQI) kita tahu Ustaz Kamaruzzaman yang mengajar Tafsir dan kita kenal dia ni hebat dalam Tafsir, jadi minat ke arah itu(tambah menebal),”ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian setelah dinobatkan sebagai pelajar terbaik KUDQI pada hari Konvokesyen yang berlangsung di kampus kolej itu, di Kubang Lembek pada Sabtu 30 Ogos.
Menurutnya, beliau tidak mengikuti jejak langkah abangnya yang juga lepasan KUDQI menyambung pengajian dalam bidang syariah kerana mahu satu kelainan.
“yang sulong abang, belajar disini jugak setahun lebih awal, dia 2013, saya 2014. Abang ambil (sambung pengajian) Syariah, jadi takkan kita nak ambil jugak Syariah,
“sebab dalam keluarga tu (kalau) dua orang ambil Syariah (jadi) bertembunglah, jadi saya ambik Usuluddin,”katanya.
Bukhari yang bercita-cita mahu menjadi seorang pensyarah berkata, pengajiannya di Negara Yaman nanti akan ditanggung sendiri dan tidak mendapat mana-mana pembiayaan.
“akan sambung ke Yaman di Universiti Sains dan Teknologi……tanggungan sendiri,”jelasnya.
Sementara itu, bapa beliau, Harun Embong berharap anaknya akan mencapai kejayaan dalam pengajiannya dalam ilmu Usuluddin.
Walaupun hanya bekerja sebagai seorang
buruh binaan, namun katanya, beliau mahu anaknya belajar ‘setinggi’ yang
mampu sehingga dapat kemudiannya, dapat mendidik masyarakat apabila
pulang ke kampung halaman.
Ulasan