KUALA TERENGGANU- Jabatan Amal Negeri Terengganu
menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi yang mahu mengenakan tindakan undang-undang ke atas unit itu
sebagai tidak wajar.
Pengarahnya, Sauji Abd Rashid berkata, jabatan itu adalah di bawah sayap Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perlembagaannya mengikut fasa 54 (9)(d), dan bukannya badan bukan kerajaan.
Menurutnya, penubuhan jabatan amal sejak lebih 20 tahun lalu menumpukan kepada aktiviti kebajikan dan rekreasi, sebagaimana aktiviti beruniform seperti pengakap bagi semua peringkat umur.
“Sepatutnya pihak yang berkenaan melihat dulu apa fungsi yang dimainkan Unit Amal kerana kita lebih kepada aktiviti kebajikan yang memberi bantuan kemanusiaan dari Pemuda PAS kepada rakyat.
“Selama ini kita tidak menghadapi masalah melakukan aktiviti kerana ada kalanya kita bekerjasama dengan pihak berkuasa. Selain itu kita turun padang membantu menghulurkan bantuan, seperti sewaktu bencana banjir di Kemaman tahun lepas,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, penubuhan Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal Malaysia) tercetus melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP) sesi 1989/91 dan disahkan melalui Jawatankuasa Kerja DPP Pusat kali ke-4 pada 1 Julai 1989.
Ia digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.
Jelas beliau, Jabatan Amal Negeri Terengganu sendiri sudah bergerak sejak lebih 20 tahun lalu dan melibatkan semua lapisan masyarakat.
Katanya, Kadet Amal disertai kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, Briged Amal bagi yang berusia 13 hingga 17 tahun manakala Unit Amal bagi yang berusia 18 tahun ke atas.
“Di Terengganu sendiri, kita mempunyai kira-kira 400 ahli. Peranan kita bukanlah sebagai penguasa, itu perlu difahami. Kita membuat aktiviti kebajikan dan rekreasi, menghulurkan bantuan kepada rakyat.
“Kita banyak membuat program gotong-royong, kem dan turun membantu apabila khidmat kita diperlukan. Objektif kita, nak ajak mereka melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat daripada mereka membuang masa tanpa hala tuju,” katanya.
Oleh itu katanya, Jabatan Amal Negeri Terengganu senada dengan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang menyelar kenyataan Ahmad Zahid terhadap Unit Amal itu.

Ulasan