31 Ekor Korban dan Aqiqah di Rusila


IMG-20141007-WA0044MARANG – Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merasmikan majlis Qurban dan Aqiqah Perdana anjuran Maahad Darul Quran, Rusila.
Program tahunan ini berlangsung di perkarangan asrama Maahad tersebut bermula jam 7.30 pagi dan selesai kira-kira jam 12.00 Tengah hari,Selasa 7 Oktober.



IMG-20141007-WA0043
Menurut pengarah program, Ustaz Hj Rozman berkata tahun ini penyertaan bertambah dan permintaan amat menggalakkan sebanyak 56 ekor lembu dan seekor kambing berjaya di qurbankan.
“Dan tempat penyembelihan dibahagi kepada 2 tempat iaitu 31 ekor di Rusila dan selebihnya di Kampung Banggol Peradong.
“Hasil qurban ini akan digunakan sebagai lauk makanan harian pelajar-pelajar MDQ,”ujarnya
Beliau juga berkata Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Ulasan