MARANG – Kebiasaannya kita mendengar kejadian rumah terbakar berpunca dari bencana seperti dipanah petir, litar pintas atau terlupa mematikan api di dapur, tetapi kali ini lain pulak ceritanya.
Sebuah rumah telah dibakar anak kandungnya sendiri, dan itulah nasib yang menimpa Masitah Muda 58 tahun yang bukan sahaja telah kehilangan rumahnya malah turut mengalami kerugian yang dianggarkan lebih RM100 ribu.
Kejadian pada hampir tengah malam itu, kira-kira jam 11.10 malam bermula setelah suspek, iaitu anak mangsa sendiri yang berumur 34 tahun sorang penagih dadah tegar cuba mengugut ibunya, Masitah bagi memberikannya wang.
Masitah yang sudah maklum wang itu akan digunakan anaknya untuk membeli dadah dan dia enggan memberikannya.
Kerana ketegasannya menghalang anaknya dari terus membeli dadah, mengakibatkan suspek naik berang cuba membunuh mangsa dalam masa yang sama merosakan harta benda didalam rumah tersebut.
Masitah kemudiannya menghubungi pihak polis dan suspek terus mengamuk mengugut pula untuk membakar rumah menyebabkan Masitah meminta bantuan adiknya yang tinggal bersebelahan kerana ketakutan.
Ketika beliau dan adiknya menunggu pihak polis datang di jalan utama kira-kira 300 meter dari rumahnya, beliau menerima berita yang rumahnya telah terbakar dan bergegas ke tempat kejadian.
Saksi kejadian Subki Ali 47 tahun jiran mangsa, menceritakan pada masa kejadian kira jam 12 tengah malam, dia berada di dalam rumahnya ,dan terdengar bunyi letupan kecil yang disangka kanak-kanak bermain mercun.
Bagi mendapat kepastian saksi cuba memeriksa diluar dan terkejut melihat api menjunam dan marak telah memenuhi seluruh rumah jiranya itu.
Tambahnya lagi pada masa itu beberapa orang penduduk kampung sekitar 30 orang telah cuba sedaya upaya untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menziarahi mangsa berkata buat masa ini beliau berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa.
“Saya harap kerajaan akan segera mengambil tindakan-tindakan bagi membantu mangsa.
Dan dalam masa yang sama pihak kami juga dari Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakan di bawah Majlis Tindakan Dun (MTD) akan cuba membantu sedaya mampu yang boleh untuk meringankan beban yang ditanggung mangsa,” kata beliau.
Dalam lawatannya ke rumah mangsa beliau telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut yang kini menumpang di rumah adiknya.
Ulasan