Pembangunan Tak Ikut Keperluan Sebenar


IMG_20141020_070110DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, banyak projek pembangunan fizikal menggunakan duit rakyat sebagai pembayar cukai tidak dirancang dengan teliti mengikut keperluan sebenar kerana mengutamakan kroni sehingga ia menjadi satu pembaziran.
“Sepatutnya duit rakyat dibelanjakan untuk perkara lebih penting seperti kesihatan, pemakanan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan.


“Bila projek dibuat tidak mengikut keperluan sebenar, berlakulah projek terbengkalai, siap lewat daripada jadual asal, tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sebuah dewan sivik yang dibina kerajaan di Kampung Baru Kuala Abang yang sudah dua tahun siap, namun sehingga kini masih tidak berfungsi.
Menurutnya, amat tidak wajar projek pembinaan bangunan yang sebahagiannya menelan belanja tinggi hanya menjadi satu pembaziran jika ia tidak digunakan sebaik mungkin.

Ulasan