SETIU – Kecanggihan dan kemodenan industri padi tidak menjadi nyata di kawasan yang pernah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Menteri Besar Ahmad Said, akan menjadi sebuah ‘jelapang’ baru untuk negeri ini.
Sejak dari mula ia dilancarkan, kira-kira enam tahun lalu, wajah kegagalan terserlah apabila projek penanaman padi di Kampung Bukit Layat atau Kampung Jelapang dekat sini, menjadi projek politik, bukan projek pertanian sebenar.
Pengerusi Lajnah Asas Tani Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir berkata, pesawah padi di kawasan tersebut sudah, mengalami kerugian beberapa kali, ekoran projek padi ‘politik’ itu.
“sebelum ini, penyaluran input yang tidak adil……..baja, benih, racun hanya diberikan kepada para peserta yang warna ‘biru’ sahaja, menurut tafsiran ketua blok yang sudah pasti mengikut telunjuk pemimpin Umno,
“dengan takdir Allah SWT, kawasan yang mendapat input yang cukup itu berjaya, tetapi ternyata kawasan yang mendapat bantuan sepenuhnya, diserang penyakit,”ujarnya.
Beliau berkata, infrastruktur dan termasuk saliran yang dibina dengan belanja sebanyak RM50 juta tidak memberikan kemudahan malahan menyusahkan penanam padi di kawasan terbabit.
“dalam tinjauan kami, masalah mesin penuai padi tak boleh masuk (ke dalam kawasan) sawah gara- gara sistem JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) yang teruk, dan tak efisien,
“Petani (terpaksa) mengguna mesin rumput galas untuk potong padi dan kemudiannya (seterusnya) memasukkan padi yang dipotong itu ke dalam mesin penuai,”ujar Sharizukirnain selepas meninjau kawasan projek penanaman padi itu.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu berkata, daripada lebih kurang 200 ekar sawah padi, 100 ekar tidak dapat di tuai dengan mesin.
Akibatnya, para pesawah menanggung kerugian kerana kata beliau, pada anggaran biasa 3 ekar padi beroleh hasil sebanyak 6 tan.
“Harga setan (sebanyak)RM 1200.00 terpaksa di tolak 25%………..masalahnya paras parit yang lebih rendah dari sungai dan air tak beleh ‘drain out’ (dialirkan keluar) menyebabkan (masih) air bertakung dalam sawah,
“walaupun padi telah masak……… menyebabkn mesin penuai tak berani masuk (bimbang tenggelam),”jelasnya.
Menurutnya, kerugian sebenar yang dalami oleh para pesawah belum dapat dipastikan lagi.
Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab agar turun membantu, menilai kerugian para petani dan memberikan saguhati yang sepatutnya, setimpal dengan ‘keringat’ dan usaha yang telah dicurahkan.
Beliau turut menggesa, jabatan-jabatan dan agensi yang terbabit mengambil tindakan segera memperbetulkan kesalahan yang berlaku, agar petani tidak terus mengalami kerugian pada musim depan.
Ulasan