‘Rakyat Didahulukan’ Sekadar Umpan Pilihanraya


IMG-20141003-WA0030KUALA TERENGGANU – “Membebankan……”itu bait ucapan yang pertama keluar dari mulut Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, yang di temui di Program Demo Masakan Diraja.
Beliau menegaskan, kerajaan Malaysia tidak prihatin dengan nasib rakyat yang akhir-akhir ini telah banyak dibebani dengan peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan harga barang.


Sepatutnya, kata beliau, kerajaan Malaysia mencontohi negara jiran Kita yang begitu prihatin nasib rakyat dalam isu harga minyak
“Kerajaan Malaysia terlalu terdesak sehingga menaikkan harga minyak dalam keadaan rakyat berada pada tahap kemiskinan dan menanggung beban kenaikan harga barang yang mendadak,
IMG-20141003-WA0027“Kerajaan rakyat di dahulukan hanya sekadar umpan pada masa pilihanraya, jelas sekarang kepentingan rakyat tidak di ambil Kira,
“bahkan menaikkan kadar harga minyak di saat rakyat menyambut hari raya aidil adha menampakkan sikap tidak prihatin kerajaan dibawah perdana menteri sekarang,”jelasnya
Beliau juga mengajak para hadirin untuk sama sama memberi pengajaran pada kerajaan BN pada pilihanraya akan datang dengan menolak undi BN.
“sampai masanya Kita yang berbilang bangsa ini, dan berlainan agama bersatu untuk menjatuhkan kerajaan yang Ada hari ini,kerana janji tidak di tepati,”jelasnya.
Beliau yang hadir bersama isterinya To’ puan Hajjah Norillah Salleh sempat memasak menu “nasi telur di raja” dan diagihkan kepada pengunjung di pasar pagi Kampung Tiong dalam program yang di bawa oleh Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Kuala Terengganu.

Ulasan