Transformasi Razif ‘Gagal’ Sebelum Dilaksanakan


http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/dr%20azman%20ibrahim.jpgKUALA TERENGGANU – Program Transformasi Terengganu Baru (TTB), kerajaan negeri mula menampakkan kegagalan apabila tidak ada langkah besar yang diambil bagi memperbetulkan kesilapan pada masa lalu.
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, sesuatu pembaharuan tidak akan berjaya sekiranya ia tidak meninggalkan kesan kepada penambahbaikkan pentadbiran kerajaan.


Beliau berkata, pembaziran, penyelewengan dan pembangunan yang tidak setara dengan perbelanjaan kewangan negeri, tidak dapat diberikan penjelasan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
“apa penjelasan Razif terhadap aduan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tentang pembinaan jalan dan jambatan yang menghapuskan kampong tradisi Melayu di Banggol Donas?,
PPRT bilik gerakan umno“sedangkan laporan ketua audit Negara dengan jelas menyatakan bahawa ia bertentangan dengan peruntukan (undang-undang) sedia ada……..,”soal beliau.
Dr Azman berkata demikian ketika mengulas dakwaan Razif yang telah mengujudkan satu transformasi dengan mengadakan satu sistem e-aduan bagi membolehkan orang ramai membuat aduan kepada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Rabu lalu berkata, sistem itu telah diletakkan di bawah satu unit baru yang dinamakan Unit Pusat Aduan.
Dr Azman yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Terengganu berkata, banyak aduan yang telah dibuat berkait ketidakadilan pengagihan dana-dana dan bantuan untuk rakyat.
“orang miskin yang sepatutnya berhak menerima bantuan dinafikan, mereka layak menerima rumah bantuan PPRT tetapi tidak diberikan,
“sebaliknya rumah PPRT diberikan kepada suku sakat JKKK, dijadikan bilik gerakan Umno, dijadikan kandang lembu dan kambing, dijadikan homestay dan chalet,”tegas beliau.
Razif, kata beliau, perlu membetulkan kepincangan dalam kepimpinan Umno itu sendiri sebelum kononnya mahu melaksanakan satu transformasi.
Katanya, rakyat miskin yang tidak memiliki tanah, memohon berpuluh-puluh kali tetapi tidak diluluskan.
Tetapi, katanya, apabila rakyat meneroka tanah, dengan pantas pihak berkuasa mengambil tindakan menghantar penguatkuasa dan jentera, menyodok dan memusnahkan tanaman rakyat.
“apa yang kita lihat, tanah ‘haram’ yang diterola oleh pemimpin Umno sendiri tidak diambil tindakan……..,”kata beliau sinis.

Ulasan