Banjir; 43 Keluarga Berpindah Di Kampung Rusila


IMG-20141119-WA0008MARANG – Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di Pusat pemindahan banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini, Selasa malam 18 November.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata “bencana banjir ini telah dijangka dan kita juga telah mengarahkan Jabatan AMAL bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku”.


IMG-20141119-WA0007Sehingga jam 11 malam, seramai 49 keluarga dari tiga buah Kampung yang berada di Pusat pemindahan ini.
Kampung Rusila merupakan kampung teramai mangsa dipindahkan iaitu seramai 43 buah keluarga dan Kampung Ru Rendang dan Taman Rashidah masing-masing empat dan dua buah keluarga.
Sementara itu di tempat berasingan, Ketua Penyelaras Pemuda DUN Rhu Rendang, Aswadi Mohammad berkata Bilik Gerakan Operasi Banjir kini dibuka di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Bangunan PAS Kawasan Marang berhadapan Masjid Rusila.
Sebarang urusan sumbangan dan bantuan serta khidmat yang diperlukan, bolehlah menghubungi Azmi ditalian 0139219274 atau Fakhrudin 0145207321.
IMG-20141114-WA0065

Ulasan