Banjir; 47 Orang Dari 15 Keluarga Telah Dipindahkan

1banjirnew
Seramai 47 orang dari 15 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di sini, ekoran hujan sederhana kadangkala lebat yang turun berterusan di negeri Terengganu sejak beberapa hari yang lalu.
Statistik mangsa banjir yang dikeluarkan oleg Bilik Gerakan Banjir negeri Terengganu menyatakan, di Kuala Nerus, 9 mangsa banjir dari 5 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak, manakala di Kuala Terengganu 38 orang 10 keluarga adalah dari Kampung Chendering.


Mereka yang berasal dari Kampung Binjai, Chendering berpindah pada lewat hari Isnin selepas kediaman mereka mula ditenggelami air.
Kesemua mereka dipindahkan ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira pukul 4 petang.
Seorang penduduk Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
“Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi.
“Bimbang air bertambah naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi,” katanya dipetik agensi Bernama.
Manakala mangsa yang berpindah di Kuala Nerus adalah berasal dari Kampung Pak Tuyu, Mengabang Telipot.
IMG-20141114-WA0065
Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa buah kampung dinaiki air, tetapi, setakat ini tiada jalan ditutup.

Sementara itu, amaran kategori kedua amaran angin kencang dan laut bergelora seksyen A iaitu amaran untuk perkapalani dan amaran angin kencang dan laut bergelora, kategori kedua telah dikeluarkan pagi pagi Selasa.
Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan ‘condore’ dijangka berterusan sehingga rabu, 19 november 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Ulasan