Dikir Karut; ADUN Alor Limbat Akan Tanya MB Dalam Sidang DUN


9_resize (2)MARANG – Sekurang-kurangnya sudah tiga kali penganjuran ‘dikir karut’ yang melibatkan persembahan artis perempuan dengan pakaian ‘menjolok mata’ serta memakai pakaian yang tidak sopan.
Sebelum ini, hiburan yang dianjurkan oleh pihak tertentu itu di kenakan bayaran dengan harga yang murah, telah diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu dan DUN Hulu Besut.


13_resizeWalaupun ia diadakan dalam kawasan yang tertutup, tetapi dengan yuran sebanyak RM6 dan RM3 itu, membolehkan sesiapa sahaja, hatta kanak-kanak sekali pun menonton ‘hiburan lucah’ itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat kesal dan mempersoalkan bagaimana pihak Majlis Daerah Marang boleh memberikan kelulusan kepada hiburan yang tidak membawa sebarang faedah tersebut.
“mengapa memberi kelulusan……..permit kepada penganjuran dikir barat seumpama itu…..yang kita tahu dan terang-terang…..program ini program maksiat,
“dengan (persembahan) artis perempuan menari gelek yang mengghairahkan dan pakaian yang menjolok mata,”ujarnya ketika ditemui pada Program YB Cakna Rakyat di Kampung Alor Limbat pada Sabtu, 1 November.
1_resizeOleh itu beliau akan bertanya dari Menteri Besar sendiri Datuk Razif Abdul Rahman berhubung perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) yang akan datang.
Katanya, Razif perlu memberi penjelasan kepada rakyat, adakah ‘dikir karut’ dengan tarian gelek dan artis seksi itu termasuk dalam program Transformasi Terengganu Baru, sebagaimana yang dihebahkan.
Menyentuh tentang program YB Cakna Rakyat, Ariffin yakin program yang sangat baik itu, bukan sahaja mengeratkan silaturRahim antara masyarakat, malah ia adalah ‘jambatan’ kepada beliau bagi menyelami kehidupan rakyat.
“ia mendekatkan diri saya dengan rakyat………… bagi mendengar segala permasalah dan rintihan rakyat.
7_resize“Kita (PAS) tidak hanya berkhidmat (waktu hamper) pilihan raya sahaja………. kita sangat menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan kita berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah mengikut kadar dan kemampuan kita,”jelasnya.
Program yang di atur oleh Majlis Tindakan DUN Alor Limbat tersebut berlangsung selama dua hari dengan kerjasama Unit Peti Undi (UPU) Rawai yang melibatkan lokaliti Kampung Rawai, Kampung Padang Limau Nipis dan Kampung Alor Limbat.
Objektif utama program kemasyarakatan itu adalah memberi tumpuan kepada masayarakat setempat dengan mempelbagaikan aktiviti.
Antaranya adalah gotong royong membersih kawasan yang semak di tepi jalan, mengadakan rawatan Darul Syifa’, membuat kunjungan dan ziarah serta memberikan sumbangan kepada golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan.
Selain itu, ia turut melibatkan pelbagai golongan dan peringkat umur dengan aktiviti santai, minum pagi dan petang bersama rakyat setempat, penyampaian sumbangan bola sepak dan badminton kepada orang muda dan kuliah bagi pengisian rohani di sebelah malamnya.

Ulasan