Jangan Libat Khurafat, Karut dan Jejaskan Aqidah


nik zawawi (2)Sifat kagum atau percaya kepada kuasa dimiliki makhluk halus yang ditampilkan melalui pakaian berunsur hantu dan imej menyeramkan atau mengandakan sebarang sambutan boleh mengundang kepercayaan khurafat yang karut serta boleh menjejaskan aqidah.
Ia bukan sahaja melibatkan penganjuran acara khas seperti malam ‘Halloween’ bahkan dalam upacara-upacara lain yang pernah menjadi amalan kepada orang-orang Melayu seperti tetapi ‘main pantai’ dan ‘main puteri’.


Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan makhluk halus wujud, namun orang ramai khususnya masyarakat Islam tidak sepatutnya menyertai program yang boleh memesongkan pegangan orang Islam.
“Kita tidak boleh percaya dia memiliki kekuatan luar bisa. Kalau anjur dan memakai pakaian (berunsurkan imej hantu), sudah tentu ia menggambarkan kekuatan (makhlus halus) dan kita bimbang generasi akan datang memahami hantu benar-benar zahir, boleh mengkhianati dan melakukan macam-macam benda.
“Ini bukan budaya Melayu tetapi budaya barat yang tidak sepatutnya ditonjolkan lebih-lebih lagi umat Islam merupakan penganut majoriti dalam negara,” katanya.
Nik Muhammad yang juga Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu berkata, selain tidak menepati syarak, penganjur dilihat tidak sensitif dengan keadaan bermasyarakat di Malaysia dan menyifatkan ia tidak sesuai dilakukan di negara ini.
Beliau juga bimbang sekiranya program tersebut turut diselangi dengan perkara lain yang boleh membawa lebih banyak mudarat kerana ia jelas bukan menarik manusia ke arah kebaikan tetapi cenderung ke arah kelalaian.
Beliau juga turut menyifatkan program sedemikian sebagai sia-sia dan mendatangkan kerugian apatah lagi dalam keadaan kos hidup yang tinggi ketika ini.
“Situasi ketika ini meruncing dan kita rasa agak tidak sihat melanda negara yang sepatutnya kewangan boleh disalurkan untuk kebajikan seperti sumbangan terhadap Palestin dan sebagainya,” katanya.

Ulasan