Muslimat Muda Cakna Komuniti

IMG-20141124-WA0092KUALA TERENGGANU – Setiap kali bencana mahupun kerja-kerja kebajikan, kehadiran ‘tentera merah’ Unit Amal pasti menjadi buah mulut dan perhatian ramai.
Orang muda menjadi aset kepada negara dan pelapis kepada generasi akan datang. Baik acuannya dari awal, maka kebaikan lah yang akan dituai kelak.



IMG-20141124-WA0089Muslimat muda di dalam PAS juga tidak mahu ketinggalan berbakti kepada masyarakat terutamanya ketika musim banjir ini. Diakui, menjadi cabaran bagi Ameerah dan Briged Muslimat, iaitu sayap muslimat muda di dalam Dewan Muslimat PAS berganding bahu untuk mengumpulkan orang muda di atas pentas politik.
Namun kini, Ameerah terutamanya mula bergiat cergas mendampingi masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, melalui program “Ameerah Care”.
Dukacita dengan musibah yang melanda mangsa-mangsa banjir ini, Ameerah Terengganu dan Briged Muslimat Terengganu mula melancarkan kempen Sukarelawan & Bantuan Banjir.
Ketua Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Md Noor ketika diminta mengulas kempen ini amat mengharapkan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak.
“Kita bersimpati dengan musibah yang melanda mereka. Oleh kerana itu kami sentiasa membuka peluang kepada para dermawan untuk memberi sumbangan berupa barangan dapur mahupun kewangan,”ujar beliau.
IMG-20141124-WA0090“Pasca banjir, sudah tentu mangsa-mangsa banjir ini mengalami kesukaran membersihkan rumah mereka. Oleh kerana itu, kami tawarkan juga khidmat sukarelawan kami membersihkan rumah mereka”.
Menurut beliau lagi, ini lah antara sumbangan mereka untuk sama-sama mendapat saham pahala dari Allah, selain dapat beramah mesra dengan masyarakat umum.
Kempen Sukarelawan dan Sumbangan Banjir ini dibuka sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.
Diharapkan agar muslimat muda di luar sana, merasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang bakti dan tenaga kepada yang memerlukan. Fastabiqul khairaat!

Ulasan