PASTI Membawa ‘Impak Islam’ Ke Dalam Masyarakat

Zakaria DagangKUALA NERUS – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang mula beroperasi pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sejak tahun 1989, kini telah mencapai umur 25 tahun.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, pusat pendidikan pra-sekolah itu bermula dengan penubuhan empat buah pasti diperingkat DUN tersebut.
“Program yang kita adakan kali ini Sambutan Jubli Perak 25tahun bagi ihtifal Pasti DUN Seberang Takir yang kita adakan secara gabungan sejak 1989 lalu.


“kita adakan ihtifal tiap-tiap tahun secara bergabung dan hari ni kita adakan secara besar-besaran yang melibatkan sampai tiga hari dengan pengisian-pengisian pogram sejak dari kelmarin, hari khamis, sehinggalah hari sabtu ini,”ujarnya.
pasti sbrg takirBeliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Sambutan Jubli Perak itu, pada Jumaat 21 November.
Antara program yang disusun sempena sambutan tersebut adalah karnival jualan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, keluarga selain pengisian ilmu dalam acara forum, kuliah magrib, kuliah dhuha dan ceramah-ceramah.
Katanya, acara sambutan itu diadakan secara besar-besaran bagi memberitahu dan mempamirkan kepada masyarakat setempat tentang kemampuan PASTI sebagai suatu alternatif, memberi khidmat pendidikan pra sekolah berasaskan Islam.
“kita nyatakan bahawa inilah kemampuan PASTI meyakinkan masyarakat bahawa ia akan terus dengan pendidikan (Islam),
“Kita mampu melaksanakan program yang sebegini dan memberi satu impak yang baik kepada masyarakat kita, yag akan lebih ramai lagi menghantar anak-anak ke PASTI, kita akan terus didik dan asuh (dengan Islam),”jelasnya.

Ulasan