Sungai Tok Dor Tak Boleh Perbesar, Rumah Bekas Wakil Rakyat Umno Yang Besar


banjir JabiSETIU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu mengambil tanggungjawab atas kejadian banjir yang berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi kerana kegagalan melebar dan mendlamkan Sungai Tok Dor.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun banjir melanda ‘sekelip mata’, namun banyak kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh rakyat.


banjir Jabi1“saya kesal kerana ia bukan masalah baru, sepatutnya selaku kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) perbesar Sungai Tok Dor supaya air tidak melimpah,
“tapi tak buat dan kita tengok rumah bekas ‘tok wakil’ yang besar,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat sekitar Kampung Tok Dor yang dilanda banjir pada Khamis 20 November.
Kenyataan beliau disokong oleh seorang penduduk tempatan, Adnan Ariffin, 50, yang berkata Sungai tersebut sepatutnya telah lama dilebarkan.
banjir jabi2“hasil negeri dan negara berbilion ringgit, tapi Sungai Tok Dor ini pun tak boleh besarkan, memang sah banjir berlaku sebab sungai ini,
“rakyat rugi………budak-budak pun tak boleh pergi sekolah kerana sekolah pun tenggelam air,”kata Adnan.
Sehubungan itu, Dr Azman berkata, pihak MTD Jabi akan mengatur lawatan selepas banjir bagi menilai kerosakkan dan menyampaikan sdikit sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.
“hari ini kita mari tinjau dulu, kita tengok teruk juga kerugian, kita akan mari semula selepas ini untuk beri sedikit sumbangan ‘ala-kadar’ termampu kita,
“untuk membantu orang-orang kampung yang rugi, ayam itik mereka mati, tanaman rosak, tak boleh pergi kerja kerana banjir,”jelasnya.

Ulasan