Umno ‘Hina’ Nabi SAW


IMG_20141107_082538KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) sangat dukacita dan kesal kerana Umno selaku parti yang memerintah negeri, gagal melaksanakan Islam sepenuhnya.
Ketua Pemuda PAS Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, sebaliknya, perisytiharan parti itu mahu mengambil secebis atau sebahagaian dari ajaran RasuluLlah SAW, merupakan satu penghinaan kepada nabi dan Islam.


“Saya mewakili Pemuda PAS Terengganu merakamkan ucapan sangat dukacita kepada apa yang berlaku di peringkat negeri Terengganu pada hari ini,
“khususnya pada kepimpinan BN yang berteraskan kepada UMNO di negeri ini telah menghina Nabi dengan mengambil sebahagian ataupun secebis sahaja daripada apa yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W.,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengisytiharkan untuk menggunakan satu strategi perang Rasulullah untuk menghadapi PRU 14.
Sedangkan menurut beliau, Umno sehingga kini tidak melaksanakan pentadbiran Islam dan menguatkuasa undang-undang syariah, yang telah diluluskan dan di tandatangani oleh Sultan.
Yang paling dibimbangi, kata beliau adalah soal aqidah, kerana dalam al-Quran Allah pernah menegur dan menempelak Abdullah bin Salam kerana mengambil dan mengamalkan sebahagian dari ajaran Islam.
“Allah menempelak Abdullah yang ingin mengikut Islam selama enam hari dan satu hari (dalam seminggu) mengikut yahudi.
“Inilah yang dimaksudkan cara atau bentuk menghina ajaran Rasulullah. Nak menghadapi PRU, ambil strategi Nabi S.A.W. Untuk mentadbir (dan menguruskan negeri),
“membelakangkan ajaran Allah,”tegas Ustaz Kamaruzzaman.
Beliau rasa bimbang dengan sedikit kesilapan yang tidak disedari itu akan mengundang bala Allah kepada semua rakyat.
Justeru, beliau menasihatkan Razif selaku Menteri Besar agar berhati-hati, agar apa-apa kenyataan yang dikeluarkan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
“Kami Dewan Pemuda Terengganu menasihati YB Razif untuk berhati hati ketika mengeluarkan kenyataan (agar tidak) bercanggah daripada kehendak Islam sepenuhnya,
“Ia bukan sahaja dosa peribadi, ia juga ditanggung oleh seluruh negeri Terengganu Darul Iman,”katanya.

Ulasan