150 Murid Terima Bantuan Persekolahan Ahli Parlimen Kuala Nerus


20141209_103154KUALA NERUS – Seramai 150 orang murid sekolah warga Kuala Nerus telah menerima bantuan awal persekolahan dalam program yang diadakan di Sabasun HyperRuncit dekat sini.
Mereka diberikan peruntukan sebanyak RM100 setiap seorang dan memilih sendiri baju, seluar dan kasut yang sesuai.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata seramai 109 orang diberikan bantuan dalam program yang ‘terbuka’ pada Selasa 9 Disember itu.


Katanya, tujuan mengadakan program tersebut dibuat demikian adalah untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka yang kurang berkemampuan disamping menggalakkan orang lain supaya berlumba-lumba membuat kebajikan.
20141209_103236 (2)“Allah taala mencipta manusia ini ada mereka yang kaya, ada mereka yang belum lagi kaya. Mungkin esok dia kaya. Kaya (dan) miskin silih berganti. Hari ni kita mungkin kaya, esok mungkin kita boleh jadi miskin.
”Semua ini kerja Allah Taala, rezeki yang Allah nak bagi (kepada orang) kaya maknanya, ada lebihan. (dan) sedikit lebihan kita kita gunakan untuk bantu orang yang tiada lebihan.
“Dan jikalau kita pada hari ini tiada lebihan, dan esok kita ada lebihan, kita pula yang bantu orang lain. Ini dia konsep yang nak kita bawa, dan ini yang diajar nabi kita. Ini sikap yang kita nak bentuk,”jelasnya ketika berucap melancarkan program tersebut.
Namun, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Malaysia, bantuan yang diberikan adalah sedikit dan yang termampu dilaksanakan kerana ia adalah dari sumbangan orang ramai dan duit poket Ahli Parlimen sendiri.
Bahkan Ahli Parlimen kerajaan yang memerintah boleh berbelanja banyak bukannya dari duit mereka sendiri tetapi dari kewangan kerajaan.
“Kalau kita kata, ahli parlimen (PAS), nak ‘cover’ (meliputi) semua rakyat (pengundi) Kuala Nerus ni hampir lapan puluh ribu, saya ingat Perdana Menteri pun boleh bankrap, kalau nak pakai duit peribadi. Dia pun minta duit kerajaan.
“(tetapi) Kita tak minta duit kerajaan. Kita tak minta dengan kerajaan, kita minta dengan kerajaan Allah S.W.T. kalau nak cover semua tak sempat lah kita ni. Kemampuan terhad,”ujarnya.
20141209_101549Menurutnya, wakil rakyat PAS samada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sentiasa memberikan sumbangan kepada warga di kawasan masing-masing.
“ini tak ramai sebenarnya, sikit saja. Peringkat Parlimen, peringkat DUN memang biasa buat lah, DUN bukit Tunggal (beri bantuan kepada) 100 orang, saya peringkat parlimen 100 orang (yang menrima bantuan hari ini) merangkumi DUN Bukit Tunggal, DUN Tepoh, DUN Teluk Pasu dan sedikit dari Seberang Takir.
“(peringkat) DUN Seberang Takir kita buat dah (pada) hari Sabtu baru ni. (seramai) 32 orang (murid sekolah menerima bantuan),”tambahnya.

Ulasan