Ahli Parlimen Rayu Pengunjung Pantai Berhati-Hati


IMG-20141216-WA0023DUNGUN – Saban tahun kejadian lemas berlaku di sepanjang pantai Dungun terutama kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah dan menikmati keindahan pantai. Kebanyakan kawasan ini sangat merbahaya untuk aktiviti mandi kerana faktor permukaan pantai dan ombak yang kadang kala besar terutama musim tengkujuh.
Ketika dihubungi pihak media selepas mendengar taklimat operasi mencari dan menyelamat di Pantai Teluk Bidara, beliau berkata ” Banyak kes mangsa lemas berlaku saban tahun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di sepanjang pantai di Dungun ini, apatah lagi musim sekarang musim tengkujuh dengan laut bergelora.


“Penduduk tempatan biasanya maklum dengan keadaan ini, yang menjadi mangsa biasanya pengunjung luar yang tidak tahu selok belok dan tahap keselamatan di tempat ini.
IMG-20141216-WA0025“Buat masa ini saya nasihatkan pengunjung di sepanjang kawasan pantai Dungun kena ambil langkah keselamatn tahap tertinggi supaya kejadian seperti ini dapat dielak dan berulang.
Ini soal keselamatn nyawa kita, perlu ada kerjsama dan kesedaran, riadah tidak salah, namun apabila boleh mengugat nyawa ianya perlu diberi perhatian yang serius.” Katanya lagi .
Dalam kejadian sabtu lepas, seorang pemuda hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Teluk Bidara. Mangsa Syed Mustafa bin Syed Suhaimi 18, masih belum dijumpai walaupun operasi mengesan mangsa digerakan sejurus kejadian.
Dua mangsa lain dapat diselamatkan oleh rakan-rakan lain dalam kejadian itu. Pihak Bomba , PDRM, JPAM dan Unit Amal Dungun masih meneruskan operasi mencari sejak kejadian sabtu lepas.
Berbagai usaha dilakukan oleh Agensi dan orang ramai membantu mengesan mangsa. Sembahyang Hajat juga diadakan setiap malam oleh pihak Pas Kawasan Dungun di tempat kejadian dengan disertai ahli keluarga dan orang ramai.

Ulasan