Amal Kuala Nerus Terima Sumbangan Bot


IMG-20141229-WA0003KUALA NERUS – Amal Kuala Nerus bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan sebuah bot dan enjin berkuasa 30 kuasa kuda untuk kegunaan operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir.
Penyerahan bot tersebut diadakan dalam satu majlis pada petang Ahad 28 Disember, di Kompleks Tarbiyah Kuala Nerus (Komtaq).



Upacara penyerahan dilakukan sendiri oleh penyumbang kepada wakil Jabatan Amal Kuala Nerus, dihadapan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan disaksikan Timbalannya, YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim serta Yang DiPertua PAS Kuala Nerus Cikgu Haji M Shukrimun Shamsuddin.
Screenshot (509)Komandan Jabatan Amal Kuala Nerus, Johari bin Mamat berkata ia merupakan satu sejarah bagi pihak Jabatan Amal Kuala Nerus kerana sebelum ini bagi pihaknya belum lagi mempunyai kemudahan seperti ini dan bukan mudah untuk mereka untuk memilikinya.
“Alhamdulillah hari ini Amal Kuala Nerus mencatat sejarah ambe rasa sebab sebelum ini Amal Kuala Nerus tak dok lagilah barang sebuah bot,
“sekarang ini kita dapat sumbangan sebuah bot bersama dengan enjin 30 kuda dan peralatan lain seperti water jet, chainsaw dan barang barang untuk kegunaan bersih semualah untuk kegunaan banjir,”katanya ketika ditemui semalam.
Sehubungan itu, kata beliau, bot itu akan terus digunakan dalam Misi Mambantu Banjir anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri ke Kelantan pada hari Isnin, 29 Disember.
“sekarang ni kita akan mulakan operasi, kita akan ikut Ustaz Hishamuddin ke Kelantan untuk oeprasi disana misi agihan barang dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan,”jelasnya
Johari mewakili seluruh warga petugas dan sukarelawan Amal sangat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang kerana, dengan adanya aset seperti ini akan memudahkan lagi kerja-kerja amal dapat dilaksanakan oleh Jabatan Amal Kuala Nerus dalam masa akan datang.

Ulasan