Bekas Tentera Sifatkan Banjir Terburuk Sejak 17 Tahun lalu


20141225_133005DUNGUN – Sebanyak empat buah rumah di Kampung Paya Kemudi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dekat sini telah ditenggelami air banjir.
Seorang bekas tentera, Zahari Hamzah, 55, menyifatkan banjir yang hampir mencecah atap rumahnya sebagai kejadian terburuk sejak 17 tahun yang lalu.



Screenshot (508)“orang rumah (isteri) sudah duduk diatas bukit, anak ada dua orang (bersamanya), banjir ni dah (melanda) lima malam,
“(dalam rumah) ada peti sejuk mesin dan banyak lagi (yang tak dapat diselamatkan),”ujarnya ketika ditemui pada Khamis 25 Disember.
Bekas anggota Renjer itu yang kali terakhir bertugas mengawal penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand bagaimana pun bersyukur kerana masih selamat.
Beliau turut berterima kasih kepada ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang melawat dan memberi bantuan kepada beliau sekeluarga.
“tahun lepas tidak macam ni, jalan ni tidak tenggelam………masih boleh dilalui………sejak 17 tahun saya tinggal di sini, (tahun) ini adalah banjir yang paling besar,
20141225_133934“perasaan kita berasa gembiralah apabila YB kita datang ni, kita mengucapkan ribuan terima kasih…..,”jelasnya.
Seorang lagi penduduk, Rosli Ahmad, 50, yang juga mengalami nasib sama dengan Zahari turut dikunjungi Cikgu Alias dan menerima bantuan makanan harian.
Beliau yang juga seorang pengusaha merasa sedih dengan kejadian itu, namun menyerahkan kepada Allah yang menentukan hikmah disebalik kejadian.
“saya ucap terima kasih kepada YB yang datang beri beras dan melawat kami di sini, saya serah kepada Allah, yang menentukan takdir (banjir) ini,”ujarnya

Ulasan