KUALA TERENGGANU – Fenomena air pasang kerana fasa bulan penuh besar dan perigi (perigee), memburukkan lagi banjir yang melanda seluruh daerah di negeri ini.
Selain rumah Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dinaiki air, rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam juga turut menerima ‘tempias’ air pasang oleh fenomena ‘perigee’.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, untuk dua malam berturut-turut, air melimpah sepanjang tebing sungai di kawasan kampung antara Pulau Rusa, Paloh dan Kampung Losong, menyebabkan air melimpah.
“dan banjir sekarang agak meruncing……..walaupun tidak ada secara khusus (tentang) pemindahan (mangsa), tetapi rumah yang tenggelam telah meningkat,
“bilangan mereka yang terlibat dengan banjir bertambah, jika keadaan semakin buruk kemungkinan ada di kalangan mereka akan berpindah,”ujarnya ketika ditemui dirumahnya pada Selasa 23 Disember.
Oleh itu, beliau berharap seluruh petugas PAS semua peringkat turun berkerjasama untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.
“dari pemuda baik, ahli jawatankuasa, khusus untuk DUN ini (agar bertindak) untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi membantu mereka-mereka yang terlibat,
“untuk memberi penempatan sementara, paling kurang untuk malam ini sewaktu kemuncak air pasang, barangkali esok sudah surut,”gesa beliau.
Beliau turut memberi peringatan agar warga DUN Wakaf Mempelam dan rakyat Terengganu seluruhnya supaya dapat menyelamatkan barangan peribadi yang penting bagi mengelakkan kesukaran selepas banjir.
“Saya nasihatkan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir untuk menyelamat barang-barang penting, dokumen-dokumen penting supaya tidak tenggelam dan musnah akibat banjir,
“kita in sha Allah akan terus pantau dan akan memberikan bantuan-bantuan yang munasabah dan perlu untuk membantu mereka-mereka yang terlibat,”jelasnya.
Sementara itu, pada sebelah petangnya DUN Wakaf Mempelam turut menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada pelajar miskin dan anak yatim.
“PAS amat perihatin dengan situasi sekarang (dengan) cuaca yang buruk ibubapa tidak dapat mencari rezeki (yang lebih),
“walaupun sedikit ……..kita amat mengharap sumbangan ini dapat meringankan beban menghadapi persekolahan anak anak,” ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.
Seramai 70 orang menerima sumbangan wang poket dan alat tulis dari Haji Wahid yang ditemani oleh isterinya Wan Fatimah Wan Abdullah .
Seorang penerima, Puan Farizan Muhammad yang ditemui berkata, beliau akan mengguna bantuan tersebut bagi kelengkapan anaknya yang akan tinggal di asrfama mulai tahun hadapan.
“duit ini sangat penting bagi saya untuk membeli keperluan anak saya yang akan ke asrama Perkaya, saya harap tahun depan ada lagi program ini, ringan sikit (bebanan) saya,” ujarnya, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak, masih bersekolah.
Manakala seorang buruh kontrak, Ramli Abdullah, 53, dari Kampung Durian Burung bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan ADUN Wakaf Mempelam itu.
“saya dah hampir sebulan tak dapat kerja, syukur sangat dapat sumbangan dari YB kita,”ujarnya.
Turut sama dalam Program itu adalah Ketua Dewan Muslimat PAS KualaTerengganu Hajah Zaiton Abas.
Ulasan