Jambatan Kekal Tak Muncul, Jambatan Sementara Pula Tak Selamat


IMG-20141222-WA0024HULU TERENGGANU – Pada 5hb. Disember tahun lalu, sekitar jam 8.30 pagi laluan Jambatan Kampung Kuala Kejir, Tanggol, Hulu Terengganu tidak dapat dilalui semua kenderaan kerana tebing ‘approach bridge’ (kepala jambatan) terhakis hingga menyebabkan bahagian bawahnya berlubang dan runtuh.
Kejadian ini adalah akibat arus deras Sungai Pertang, sekali gus menyebabkan laluan alternatif Kuala Berang- Wakaf Tapai terputus.


news.showimage.phpSelepas kejadian itu, Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari telah berjanji akan membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh dalam banjir tersebut.
Namun sehingga sekarang, jambatan baru yang dijanjikan belum kelihatan bahkan, jambatan taktikal yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula didapati tidak selamat.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu (JKR) Datuk Shafii Mohamad Jalan Kuala Kejir – Tanggol akan ditutup pula selama dua minggu dan jambatan kekal hanya akan dapat ‘dinikmati’ oleh penduduk setempat selepas satu setengah tahun.
“Pada masa ini, kontraktor yang dilantik telah membuat lawatan ke tapak pada 14 Disember dan laluan Kuala Kejir-Tanggol pada masa ini ditutup,
“Jambatan taktikal yang menggantikan jambatan asal tidak lagi selamat untuk digunakan selepas tanda-tanda retak dan hakisan di bawah struktur,
“Jalan Kuala Kejir-Tanggol akan ditutup selama dua minggu sementara menunggu satu lagi jambatan sementara, yang kini 80% siap,” katanya.
Beliau berkata jambatan baru di sepanjang 100 meter itu akan menelan kos RM36 juta dan pembinaannya dijangka siap pada tempoh satu setengah tahun.

Ulasan