Muslimat Harap Kerajaan Laksanakan Segera Pengasingan Mangsa Banjir

20141225_181223 (2)KUALA TERENGGANU – Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh memuji persiapan rapi menghadapi banjir yang dibuat oleh Jawatankuasa Operasi setiap kawasan dan berharap para muslimat dapat meningkatkan penyertaan mereka.
Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh para petugas dan sukarelawan PAS cukup baik, menepati apa yang telah dirancang.
“nampaknya mereka ini membuat persiapan yang rapi dan terbaik untuk menangani orang-orang yang terkena dengan banjir,


20141225_181551“dan prasarana yang disediakan nampaknya sebagaimana yang dilaporkan bertambah baik maknanya tidak perlu menunggu air surut (untuk memberi bantuan),”ujarnya selepas mengikuti program ‘Kembara Banjir’ Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, ke seluruh negeri ini.
Beliau berkata, para petugas, khsususnya di kalangan Muslimat harus memberi khidmat kepada semua warga Terengganu, samada di kampung atau di bandar.
“Kerja atau paranan muslimat ada diberi tugasan memasak (dapur banjir) dan bertemu sendiri dengan orang-orang yang berpindah kerana banjir itu di pusat-pusat pemindahan banjir,
“Muslimat juga bersama-sama para petugas dan sukarelawan lain, menyampaikan sumbangan dan bantuan banjir dari rumah ke rumah, dimana penghuninya tidak berpindah ke pusat pemindahan,”jelas beliau.
Sehubungan itu, mantan Ahli Dewan Negara itu bersetuju dengan cadangan kerajaan mahu mengujudkan halangan antara mangsa banjir wanita dan lelaki di pusat-pusat dan menggesa agar kerajaan melaksanakannya dengan segera.
“benda ini sudah lama PAS cadang……….tahun sebelum ini Pemuda PAS ada cadangkan supaya mangsa banjir wanita diberikan khemah supaya boleh diasingkan dengan mangsa banjir lelaki di pusat (pemindahan),
“sebagaimana yang dilaksanakan oleh pemerintah Jepun, pemuda mengambil contoh pengurusan kerajaan Jepun cadangkan supaya ada pengasingan,”jelasnya.
Beliau turut berharap agar mereka yang ditimpa musibah supaya bersabar menghadapi dugaan Allah itu dan para petugas memberikan khidmat yang terbaik.
“kita harap yang musibah ini datang daripada Allah SWT, (supaya) kita mempunyai kesabaran, kita harap masyarakat kita bersabar dan petugas- petugas kita pun bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi sebaik-baik perkhidmatan,
“pertolongan ikhlas kita menolong kerana rasa belas kasihan kita kepada mereka yang ditimpa musibah ini, in sha allah kita mendoakan agar mereka semua ini mendapat perlindungan dan juga banyak kemudahan dar Allah,”tambah beliau.

Ulasan