Pemuda PAS Terengganu Harap Lebih Bantuan

IMG-20141230-WA0133
KUALA TERENGGANU – Pengarah Operasi Banjir Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) YB Hishamuddin Abdul Karim mengharapkan agar sumbangan dapat diteruskan dan dipertingkatkan kepada mangsa banjir samada sumbangan dalam bentuk barangan dan kewangan.



IMG-20141230-WA0100Ini berikutan banjir yang berlaku telah membawa kepada kemusnahan yang besar di sebahagian besar di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau menyatakan DPPNT akan menumpukan operasi bermula pada Khamis ini di Kemaman dan Dungun bagi operasi pasca banjir dan bantuan bekalan di sana.
“kami akan menumpukan operasi bermula pada Khamis ini di Kemaman dan Dungun bagi operasi pasca banjir dan bantuan bekalan ke sana. Kami difahamkan banjir lebih besar berlaku di Kemaman dan Hulu Dungun. Turut terjejas adalah di Rantau Abang dan juga di Hulu Terengganu”.
“Kami dengan merendah diri masih lagi mengharapkan agar sumbangan dapat diteruskan di lokasi pengumpulan sumbangan banjir samada sumbangan berupa barangan mahupun kewangan”
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan DPPNT telah berjaya menyempurnakan misi penghantaran bantuan bekalan makanan dan ubatan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan.
“Alhamdulillah, semalam pada 29 Disember 2014, rombongan DPPNT telah berjaya menyempurnakan misi penghantaran bantuan bekalan makanan dan ubatan buat mangsa banjir di Tanah Merah dan Kuala Krai”
Misi ini menempuh beberapa kesukaran kerana akses dan kemudahan yang ada di sana turut lumpuh akibat bencana banjir ini.
“Suasana pilu menyelubungi   besar masyarakat. Tinjauan kami dalam misi ini menyaksikan sebilangan penduduk yang terpaksa bermalam dalam kegelapan dan tanpa bekalan air. Rumah yang diselaputi lumpur tebal tidak mampu dibersihkan. Pakaian masing-masing berlumuran dengan lumpur. Hebatnya ujian Allah SWT kepada mereka.
IMG-20141230-WA0135“Begitu juga suasana di Kuala Krai seperti lumpuh sepenuhnya. Jalanraya banyak yang rosak teruk dan berbahaya. Banyak kelihatan bumbung yang runtuh. Suasana agak menyedihkan”
Dalam misi yang digelarkan “Misi Persaudaraan” disertai oleh lima belas buah pacuan empat roda dan sebuah lori yang membawa bantuan barangan ke sana.
“Pihak kami telah menyerahkan bekalan penuh muatan dalam Ford Trader 3 tan untuk Sungai Sat, Tanah Merah dan muatan penuh 15  buah kenderaan 4×4 di Kuala Krai. Penyerahan ubat-ubatan antara misi yang dilengkapkan pada kali ini di Kuala Krai. Termasuk meminjamkan sebuah generator bagi membekalkan tenaga elektrik di pusat pengumpulan bekalan bantuan di Kuala Krai.”
Sehubungan dengan itu, beliau mewakili pihak DPPNT menucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan mendoakan agar sumbangan semua pihak ini diberkati Allah SWT

Ulasan