Tiga Hari Bukit Besi Dilanda Banjir


IMG-20141219-WA0073DUNGUN – Tiada rungutan, hanya hadapi dengan ketentuan musim yang sudah menjadi lumrah di beberapa kampung di sini, cuma kali ini air naik dengan cepat dan sangat laju.
Ahli Parlimen Dungun sempat meninjau beberapa kampung yang dilanda banjir dan menyampaikan sumbangan yang berupa makanan asas kepada mangsa.



Antara kampung yang sempat dikunjungi oleh ustaz Wan Hassan ialah Nerang, Wa dan Padang Ping. Dalam kunjungan ini beliau disambut dengan baik dan ramai mangsa terharu dengan bantuan yang diberikan .
“kita serah sumbangan ini mengikut keperluan dan kemampuan . Saya akan berusaha memastikan keperluan mangsa banjir dapat kita sediakan dengan sebaik mungkin .
” Mereka memang sedia maklum dengan ketiadaan peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada kita. Namun kita berusaha sedaya upaya.
“Yang penting kita dapat bantu mereka. Ini kewajipan. Harap semua mangsa banjir peka dengan arahan setiap masa kerana pergerakan air dari hulu sangat cepat” katanya ketika ditemui pada Khamis 18 Disember.
Pihak Jawatankuasa Tindakan Banjir MTD Bukit Besi sudah tiga hari bertungkus lumus memindah dan memberi pelbagai bantuan yang diperlukan mangsa bajir.
IMG-20141219-WA0070Pengarah MTD Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman sepanjang masa berada di kawasan dilanda bah ini bersama unit Amal Bukit Besi.
“pengalaman lalu banyak mengajar kita cara kita hadapi situasi ini. Pergerakan kita memang sukar, namum kita berusaha untuk sampai ke Kampung yang terputus hubungan seperti Minda dan Talong.
“Kampung Minda sudah ada empat keluarga dipindahkan ke pusat perpindahan yang disediakan.Kampung Talong biasa tiada perpindah tetapi mereka terkepong dan putus hubungan” katanya yang juga Setiausaha Pas Kawasan Dungun.
Sementara itu ketua Operasi DUN Bukit Besi Zon 1 Ustaz Hadi Ariffin bersama tujuh petugas sukarelawan sudah sampai berjaya sampai ke Kampung Rantau Panjang setelah usaha sebelum ini gagal menggunakan jalan raya gagal kerana halangan jalan dinaiki air.
“kami tepaksa meredah Sungai Dungun dengan bot 80 kuasa kuda kerana faktor air yang deras dan merbahaya. Kami singgah di beberapa rumah di sepanjang mudik ke hulu dan memberi sumbangan serta memastikan penghuni yang masih mendiami rumah mereka selamat.
“jika keadaan sebaliknya kami nasihati mereka berpindah. Di Kampung Rantau Panjang kami jumpa seorang nenek yang tinggal seorang diri dan kami akan cuba supaya Mok Mek di tempatkan bersama orang ramai di tempat perpindah untuk keselamatan beliau.” Katanya lagi.
Setakat rekod yang dicatatkan di bilik Operasi Banjir Pas Kawasan Dungun, Pasir raja dan shukur masih mencatatkan perpindahan paling ramai di Daerah Dungun seramai 361 orang.Di ikuti Minda 43, Ladang Pinang Mas 107, Kuala Jengai 35, Rantau Panjang 16, dan Padang Ping 10.
Paras air di Sungai Dungun, di jambatan Jerangau telah melepasi paras bahaya pada bacaan 13.48m, paras bahaya ialah 12.50m.Beberapa laluan utama juga dinaiki air antaranya Jalan Jerangau Bukit Besi di Kampung Dendang,
Walaupun tiada papan tanda penutupan laluan ini ramai pengguna jalanraya tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan berpatah balik menggunakan Lebuh raya Pantai Timur walaupun jaraknya agak jauh.

Ulasan