Bencana Mengajar Kita Cekap Mengurus

IMG-20150101-WA0052DUNGUN – Ketua Pemuda Pas Kawasan Dungun memulakan bicara suntikan semangat kepada petugas banjir pemuda dengan membaca Ayat Allah.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
“(yaitu) orang-orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘ Inna lillah wa inna ilaihi raji un’ .


“Mereka itulah yang mendapat keberkatan dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. Surah Al-baqarah ayat 155 -157.
IMG-20150101-WA0050 (2)Dalam ucapan itu Sheikh Hanafi bin Abdul Aziz yang juga Ahli Jawaatankuasa Pemuda PAS Terengganu memuji semangat pemuda PAS dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir yang melanda Daerah Dungun.
“Semua usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Berat mata memandang berat lagi
kesengsaraan penduduk mangsa banjir.
“Saya harap pemuda kita banyakan sabar seperti pesanan dari Allah dalam ayat yang saya baca tadi. Kita perlu tabah dalam situasi ini, kerana mangsa sangat memerlukan pertolongan kita,”. Katanya lagi
Beliau juga menekankan apa yang berlaku ini sebenarnya mengajar dan menjadikan kita lebih bijak untuk mengurus dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kuala Jengai di antara kampung yang saban tahun dilanda musibah ini. Mengikut maklumat orang kampung tahun ini air bah lebih besar sejak 30 tahun yang lalu.
Beliau turut bersama Ahli Parlimen Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengagihkan bantuan kepada penduduk Kuala Jengai yang dinafikan hak oleh JKKK Kuala Jengai.

Ulasan