Debu ‘CubCross’ Peningkat Semangat dan Ukhuwah Pemuda


Screenshot (633)KUALA TERENGGANU – Ribut Pasir dan debu yang berterbangan semasa pertandingan lumba ‘CubCross’ sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) walaupun sedikit menganggu melambangkan kekuatan semangat dan ukhuwah dikalangan para pemuda PAS.
Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bagaimana pun meminta maaf kepada kepada semua pengunjung HARAP 3.1 dan jiran-jiran sekitar tapak Himpunan tu yang mungkin agak terganggu.


Screenshot (638)“kami dari Dewan Pemuda memohon maaf kepada pengunjung-pengunjung dan pengusaha gerai serta jiran-jiran (Himpunan) HARAP 3.1 kerana ada sedikit ketidakselesaan (kerana debu) hasil dari pertandingan CubCross pada petang ini,
“kami ingat (kesan pertandingan) CubCross tidaklah (debunya) sampai macam ribut padang pasir kita ingat sikit-sikit gitu je,
“tapi mujur juga (jadi promosi) kerana orang Tanya kenapa berdebu sangat ni……..jadi semua orang pakat mar (nak tengok),”ujarnya ketika berucap pada majlis ringkas penyampaian hadiah kepaa pemenang.
Screenshot (629)Beliau mengharapkan sukan CubCross itu menjadi penguat ibadat kepada Allah dan merapatkah persaudaraan sesama para pemuda.
“In Shaa Allah apa yang kita lakukan ini mudah-mudahan dengan kesabaran tuan-tuan untuk menyertai dan menjayakan program ini dirakamkan oleh Allah sebagai (amalan baik),
“untuk kita sama-sama menguatkan ibadat kepada Allah dan mentautkan ukhuwah di kalangan kita,”jelasnya.
Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Alternative Riding Club (ARC) Malaysia yang baru dilantik Wan Ahmad Ridhwan Wan Husssin.
IMG-20150130-WA0090Seramai 11 pelumba mengambil bahagian dalam pertanding CubCross sesi HARAP 3.1 di tapak Himpunan tersebut di Kampung Telaga Daing pada petang Jumaat 30 Januari.
Ahmad Kamarul Munir Abdul Rashid, pelumba dari Hulu Terengganu memenangi tempat pertama pertandingan diikuti oleh pelumba dari Kemaman Mohd Alwi Mamat di tempat kedua.
Manakal tempat ketiga adalah Taqiyuddin Jamaludin dari Kuala Nerus dan Wan Mohd Nasiruddin Ismail, juga dari Kuala Nerus memenangi tempat ke empat.

Ulasan