KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan program Karnival Terengganu Baharu yang diadakan pada tarikh dan lokasi yang sama dengan Himpunan Harap Semua (HARAP 3.1) anjuran PAS, sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ dan ‘provokatif’ oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, program Karnival yang diadakan di bangunan Penyelaras Umno Seberang Takir itu, hanya kira-kira 500 meter dari tapak HARAP 3.1 adalah tindakan bersifat ‘kebudak-budakan’.
“macam satu program untuk men’sabotaj’kan program kita. Ataupun saya boleh kata, tindakan provokasi oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional.
“Di mana pada tarikh yang sama dia adakan karnival transformasi Terengganu baharu di tapak yang sangat berdekatan, kira-kira lima ratus meter dari tapak kita tu,
“jadi saya anggap ini tindakan kebudak-budakan. Dan khususnya saya kira Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN di situ,”ujarnya.
Menurutnya, Datuk Ahmad Razif boleh mengelakkan sebarang kontroversi kerana ada banyak tarikh lagi yang boleh dibuat karnival seumpama itu.
Tapi, kata beliau, apabila PAS isytiharkan tarikh HARAP 3.1, tiba-tiba kain-kain sepanduk (banner) Karnival dinaikkan.
“Saya kira ini tindakan kebudak-budakan dan tindakan provokasi oleh pihak berkuasa sedangkan pihak kerajaan mempunyai premis yang lebih baik dan premis kerajaan yang ang banyak di DUN Seberang Takir,
“api apa yang dipilih, berhampiran dengan tapak kita. Dan saya rasa ini tindakan yang tidak bijak,”jelas mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu.
Beliau kesal kerana Ahmad Razif selaku MB yang mencanangkan konsep Terengganu Baharu bertindak sedemikian rupa.
Menurutnya, selaku ketua kerajaan Ahmad Razif sepatutnya mengamalkan ‘Suara Perpaduan’ yang terkandung dalam lapan prinsip ‘Transformasi Terengganu Baharu’
“ketua kerajaan yang sepatutnya tidak bertindak sebegini rupa! kita rasa sangat kesal dengan tindakan Menteri Besar yang sengaja mengadakan program yang hampir sama, di tempat yang hampir sama begini.
“Jadi kita harap supaya pihak pimpinan UMNO dapat mengkaji balik program ini untuk ditangguhkan kepada masa yang lain,”tegas Haji Muhyiddin.
Ulasan