Muslimat Anjur ‘Flash-Mob’ Bantah Kejadian Memalukan Artis Korea dan Wanita Muslim


IMG_20150112_111403KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu akan mengadakan ‘flash mob’ bagi menunjukkan bantahan dan kekesalan terhadap beberapa kejadian yang memalukan melibatkan kerajaan Malaysia dan wanita muslim dengan artis dari Korea.
Ketua Penerangannya, Puan Maznah Muftahuddin berkata, ‘himpunan kilat’ itu akan diadakan di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu bermula jam 3.00 petang, Khamis (hari ini) 15 Januari.


Menurut edaran kepada media, Muslimat Terengganu menyifatkan kejadian terbaru melibatkan kumpulan K-Pop B14G sebagai bencana kepada Malaysia, yang mencemarkan maruah dan akhlak remaja Islam.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/muslimat%20goncang%20duniaa.jpg“video berdurasi 3 minit 2 saat yang dimuat naik ke you tube itu mencemarkan maruah anak gadis Islam di Malaysia……memaparkan aksi peluk cium dalam adegan yang ‘romantik’ di atas pentas tanpa segan silu dan seolah-olah ‘dielakan’ oleh gadis berkenaan,
“bagaimanakah kita mahu memperahankan ‘kesucian’ peribadi mereka sedangkan kerajaan Malaysia yang membenarkan penganjuran konsert itu,”selar Muslimat.
Sebelum ini, kerajaan juga terpalit dengan isu Kementerian Beliau dan Sukan yang membelanjakan RM1. Juta dari dana rakyat untuk membawa sebuah kumpulan juga dari Korea.
Malangnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri berkenaan mempertahankan bayaran jutaan ringgit kepada artis Korea semepan asambutan hari belia pada tahun lalu.
“kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha membina jati diri, akhlak belia dan remaja muslim dengan ilmu dan ajaran Islam,
“bukan memusnahkan dan meranccakkan keruntuhan moral dan gejala sosial yang kian parah,”tegas Muslimat.
Muslimat juga menuntut kerajaan Malaysia menghentikan semua paparan yang melibatkan ‘aksi peluk’ lelaki dan wanita bukan muhrim dalam sebarang filem dan drama yang diterbit serta disiarkan untuk tontonan umum khalayak Malaysia.

Ulasan