PAS Tangguhkan Agenda ‘Sepetang Berhibur’ Pada HARAP 3.1


IMG-20150121-WA0022KUALA NERUS – PAS menzahirkan rasa amat dukacita di atas kemangkatan Tengku Intan Zaharah bt Tengku Hitam Omar, bekas Permaisuri Terengganu dan Permaisuri Agung dan merafakkan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kemangkatan Paduka Nendanya.




Menurut Bendahari PAS Negeri Terengganu, M. Shukrimun Shamsuddin mendoakan semoga ruh Nenda Tuanku mendapat keampunan Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba-hamba yg diredhaiNya.
shukrimun shamsuddinBeliau menyifatkan setiap kematian itu diiringi oleh rasa kedukaan dan PAS bersama-sama seluruh rakyat Terengganu merasai kesedihan tersebut.
Sehubungan itu, selaku Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, yang menjadi tuan rumah Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1), beliau menyampaikan hasrat PAS Terengganu untuk menangguhkan program ‘Sepetang Berhibur bersama Seedrain dan Jen Endoro’ yang dijadualkan.
“merasakan walaupun sesuatu program itu adalah seruan dakwah tetapi berunsurkan kegembiraan adalah kurang sesuai dengan peristiwa yang mendukacitakan ini,
“Maka atas dasar penghormatan kami kepada DYMM Tuanku dan pihak Istana Negeri Terengganu, kami berhasrat untuk menangguhkan rancangan kami iaitu program ‘Sepetang Berhibur bersama Seedrain dan Jen Endoro’ yang dijadualkan berlangsung pada petang hari Khamis ini 29 Januari 2015,”jelasnya dalam satu kenyataan.
Manakala beliau berkata, ‘Forum Perdana’ pada Khamis (malam Jumaat) 29 Januari 2015 dan acara-acara pada 30 & 31 Januari 2015, diteruskan sebagaimana yang dijadualkan.
Mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan, PAS tegas menentang malan hiburan yang tidak menghiraukan batas-batas halal dan haram serta melalaikan yang amat ditegah oleh agama.
Namun katanya, hiburan ‘yang ringan’ yang boleh digunakan sebagai wasilah untuk menyampai mesej Islam dengan tidak menggadaikan apa-apa prinsip agama, adalah dibenarkan dalam Islam.
“dengan mengambil kira maslahah dakwah, yang mementingkan risalah Islam disampaikan kepada semua insan, pelbagai cara dan kaedah diterokai selagi ianya tidak bertentangan dgn syara’ dan nilai-nilai insan yang bermaruah.
“Ada jenis-jenis dan bentuk acara yang mempunyai unsur hiburan yang boleh digunakan sebagai wasilah untuk menyampai mesej Islam dengan tidak menggadaikan apa-apa prinsip keagamaan,”kata beliau.
Namun begitu, langkah yang disaran itu, bukan kerana tunduk atau mengikut arahan pihak kerajaan kerana katanya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersikap ‘double standard’ dalam menangani hal-hal yg berkaitan dgn hiburan.
“Malahan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa pihak kerajaan negeri Terengganu agar tidak membenarkan sebarang program, terutamanya yang berunsurkan hiburan semata-mata dengan tidak mengambil kira batasan agama,”ujarnya

Ulasan