Pasca Banjir; Sumbangan Kewangan Dan Bantuan Pakar Amat Diperlukan


IMG-20150128-WA0063KUALA TERENGGANU – Sebulan berlalu banjir besar Pantai Timur terutama Kelantan dengan kesan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal yang dianggarkan kerugian sebanyak 1.3 bilion ringgit.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) Dr Suhazeli Abdullah, sebanyak 2667 rumah yang musnah terus dan tidak selamat didiami semula yang memerlukan sokongan semua pihak.


IMG-20150128-WA0048“Di negeri Kelantan, rumah yang musnah terus dan tidak selamat didiami semula sebanyak 2667 buah, sudah tentu memerlukan sokongan semua pihak bagi membangunkan semula kehidupan mereka.
“Ramai pihak yang turut bersimpati dengan mangsa banjir Kelantan ini turun menyampaikan sendiri sumbangan mereka,”ujarnya alam satu kenyataan kepada pihak media.
Beliau berkata YAMCT sudah turun ke Kelantan seawal minggu pertama banjir dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan.
Pasukan paling besar NGO tersebut, kata beliau adalah ke kawasan terjejas kerana banjir Kuala Krai dan Dabong pada 1 dan 2hb Januari lalu.
“Terdapat 4 aktiviti utama yang disumbangkan oleh pasukan ini. Pertama, memberi sumbangan dalam bentuk penyediaan barang keperluan harian. Kedua, penyediaan makan minum kepada lebih 2000 mangsa banjir di Kawasan Dabong dan Kemubu dengan bertemakan dapur rakyat.
IMG-20150128-WA0061“Ketiga, menyediakan pemasangan Boreng Air untuk membekalkan air bersih kepada mangsa banjir. Aktiviti terakhir adalah sumbangan wakaf naskah Al Quran,”jelasnya.
Menurut beliau, lebih dari 400 naskah al Quran telah disampaikan kepada mangsa banjir di Kelantan dan pengumpulan dana bagi tujuan wakaf tersebut masih diteruskan.
Selain itu, katanya, 200 naskah lagi yang baharu diterima oleh orang ramai akan kami hantar kepada mangsa banjir dalam masa terdekat dengan penumpuan kepada masjid, madrasah, sekolah agama, pondok dan individu yang terjejas teruk semasa banjir.
Sementara itu, YAMCT juga memberikan khidmat ‘Boreng Air’ dan menggali banyak 15 buah telaga tiub dengan Unit Amal, Papisma dan Mountain of Mercy UK.
“setakat ini sudah 15 buah telaga tiub telah dipasang di kawasan Kuala Krai dan Tanah Merah. Terdapat 14 buah lagi dalam proses pemasangan dan akan dijalankan pemasangan dalam masa terdekat.,”katanya
Justeru itu, beliau merayu sumbangan kewangan dan tenaga pakar dari orang ramai kerana katanya, ia amat diperlukan bagi menjayakan Misi YAMCT seterusnya.
20150123_143648 (2)Katanya, sesiapa yang berminat untuk mewakafkan naskah Al Quran melalui program ini boleh menghubungi koordinator wakaf Al Quran YAMCT, Ustaz Nasrun Abdullah di talian 019-9822855 atau email mohdnasrunabdullah@gmail.com.
Manakala sumbangan kewangan dan tenaga pakar yang berhasrat untuk bersama kerja kebajikan membangunkan semual kehidupan mangsa banjir boleh menghubungi Ustaz Hassan Harun Al Hafiz di talian 013-5955788 atau email hassanharun90@gmail.com.

Ulasan