Rumah Baru Untuk Norliza


IMG-20150101-WA0131DUNGUN – Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga Norliza Yusof, 49, yang kehilangan tempat tinggal dalam satu kebakaran di Kampung Pinang Merah, di sini, Rabu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS menerusi Markaz Ehsan akan mengambil tanggungjawab untuk pembinaan rumah berkenaan dengan kerjasama pejabat Adun Pas dan Pas Cawangan.


IMG-20150101-WA0130Menurutnya, dana akan dikumpul menerusi sumbangan orang ramai kepada tabung markaz ehsan itu.
“Pihak cawangan dan wakil keluarga akan bekerjasama dengan semua pihak yang ingin membantu termasuk individu, syarikat, MAIDAM, Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana pihak lain.
“Rumah akan disiapkan melalui upah dan gotong -royong serta secara berkala mengikut keperluan,”katanya.
Beliau berkata, pelan rumah yang dicadangkan adalah seperti model rumah mesra rakyat dengan anggaran kos antara RM 35,000 hingga RM 45 ,000.
“Usaha ini dijalankan dengan segera bagi membantu keluarga malang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas ini.
“Sumbangan orang ramai amat dialukan supaya semuanya terlaksana mengikut perancangan,”katanya.
IMG-20150101-WA0129Bagi yang ingin membantu boleh salurkan bantuan kepada Markaz Ehsan menerusi akuan Bank Islam 1304-4010-003623 atau Maybank 5630-8200-6735.

Ulasan