Fitnah Yang Jahat


mohd nor ybKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah menafikan beliau menulis satu ‘mesej’ yang beredar dikalangan pengguna aplikasi ‘WhatsApp’ serta menyelar pihak yang menulis dan mengedarkannya.
Beliau menyifatkan ia satu fitnah yang jahat dan berdoa kepada Allah agar perbuatan pihak terbabit dibalas oleh Allah SWT.


“Tadi saya mendapat mesej whatsApp seperti di bawah (tersebut). Untuk makluman semua, mesej ini adalah fitnah yang jahat,
fb palsu“Saya berdoa kepada Allah agar Allah membalas kejahatan mereka yg menggunakan nama saya Mohd Nor bin Hamzah (Ketua Penerangan Trg) terhadap tulis di bawah (tersebut)
“Itu bukan tulisan saya………harap jangan percaya mereka yang mahu memburukkan nama saya dan melaga-lagakankan kita,”tulisnya dalam laman (page) sosial rasmi beliau serta mesej yang dihantar melalui WhatsApp.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu, ia adalah satu kenyataan palsu dan sebarang kenyataan rasmi beliau akan disiarkan dalam laman sosialnya, Laman Blog DUN Bukit Payong dan laman rasmi PAS Terengganu, buletinonline.net.
“Jika saya ingin mengeluarkan sesuatu kenyataan, maka saya akan siarkan di dalam FB saya dan juga di blog Dun Bukit Payong. Juga kenyataan saya itu insyaAllah akan disiarkan di dalam BuletinOnline.
“Oleh itu, apa-apa kenyataan yang sampai kepada kawan-kawan, sila rujuk kepada FB dan blog saya ataupun di BuletinOnline.
“Semoga Allah membalas kejahatan si penyebar fitnah yabg menggunakan nama saya bagi melaga-lagakan kami,”tambahnya.
Mesej yang beredar tersebut, dipetik sebagai memperkatakan tentang kedatangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke negeri Terengganu, khususnya ke daerah Kemaman pada Selasa 3 Januari.
Kata-kata yang bersifat ‘menghasut’ itu juga menimbulkan beberapa persoalan tentang hubungan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Ulasan