HARAP 3.1; Gotong Royong Baiki Jeti Lama dan Khidmat Kebajikan


20150131_125455KUALA TERENGGANU – Selain ceramah penerangan, dakwah, sukan dan rekreasi, Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) yang diadakan selama 3 hari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, turut melibatkan semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin PAS, ‘turun padang’ menziarahi rakyat.
Pembaikian jeti lama yang sudah uzur di kampung Hujung Tanjung akan menjadi ‘mercu tanda’ ingatan rakyat terhadap penganjuran HARAP 3.1 yang berakhir pada Sabtu malam 31 Januari.


IMG-20150130-WA0062Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar turut ‘menyingsing lengan’ bersama-sama penduduk setempat, membaik pulih jeti tersebut.
Beliau berharap, bersempena program HARAP 3.1, jeti yang telah diperbaiki itu dapat digunakan oleh orang ramai dan memberi kemudahan kepada para nelayan.
“program inibersamaan (bersempena) dengan program HARAP 3.1………..jadi kita harap jeti ini dapat digunakan dengan baik setelah kita membaik pulih apa-apa yang rosak,
“In sha Allah ia aan memberikan kemudahan kepada nelayan-nelayan di sini dan ia merupakan satu kebajikan yang kita buat unuk orang ramai,
“saya fikir (tengok) jeti ini sudah lama (dan) uzur…….jadi kita baiki untuk kegunaan semua orang,”jelas beliau.
Selain beliau, ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim bersama unit sukarelawan perubatan telah turun menziarahi para penduduk yang tua, uzur dan sakit sejak hari pertama HARAP 3.1, Khamis 29 Januari.
Antara yang dilawati beliau adalah seorang warga emas yang sakit di Kampung Lembah, Seberang Takir.
Menurutnya, objektif HARAP 3.1 untuk ‘merakyatkan PAS’ telah berjaya dilaksanakan dengan aktiviti gotong royong dan khidmat masyarakat di tujuh lokasi dalam DUN terbabit.

Ulasan