KAMI Terbit Buku Ketiga

IMG-20150202-WA0041KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan sumbangan kepada kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
Bagi pihak Jawatankuasa KAMI, Pengerusinya Dr. Azman Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin khususnya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah bersetuju untuk menjadi tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam yang akan diadakan minggu hadapan, Selasa 10 Februari.


“jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Presiden, para pemimpin yang akan meluangkan masa untuk hadir (ke Majlis Makan Malam),
Dr Azman Ibrahim“dan semua tetamu yang turut sama menyumbang bagi kelangsungsan aktiviti media,”ujarnya dalam satu rakaman video untuk ditayangkan pada Makan Malam bertujuan mengutip dana untuk media itu.
Katanya, sehingga kini, KAMI telah menerbitkan dua buah buah buku ‘Travelog di Lembah Sungai Daljah dan Furat’ dan ‘Solat dan Sains’.
Buku ketiga terbitan KAMI ‘ Air Mata Kassala’ pula kata beliau, akan dilancarkan oleh Presiden PAS pada Majlis Makan Malam tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata, KAMI merancang untuk menerbitkan sebuah ‘tabloid’ tidak berkala yang dinamalan sebagai ‘Buletin Kota’.
“kita juga dalam perancangan untuk menerbitkan satu akhbar tabloid bertajuk ‘Buletin Kota’ yang akan memaparkan berita-berita setempat sekitar bandaraya Kuala Terengganu (KT),
“sebagai satu (medium) suara warga kota untuk mereka berkongsi pandangan…..aduan dan sebagainya berkaitan dengan masalah-masalah yang berlaku di sekitar bandaraya KT,”jelasnya.

Ulasan