Kerajaan Digesa Laksana Mekanisma Kawal Harga Barang

IMG-20150217-WA0056
KUALA TERENGGANU – Apabila harga minyak naik, para peniaga secara ‘otomatik, menaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan, menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi.
Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, apabila harga minyak turun, harga barang-barang dan perkhidmatan masih tinggi dan tidak turun.


IMG-20150217-WA0059Beliau menyifatkan dasar ekonomi bebas yang diamalkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam membela hidup rakyat apabila tidak berjaya meyakinkan para peniaga supaya menurunkan harga tersebut.
“walaupun harga minyak dah dua kali turun (harga) barang payah nak turun…….dia buat alasan macam-macam……ini masalah peniaga,
“peniaga memang kerja dia macam tu………nak untung lebih, tapi dari segi penguatkuasaan (kerajaan gagal),”ujarnya.
Menurutnya, terlalu sedikit barangan yang dikawal oleh kerajaan, tetapi banyak barangan dan perkhidmatan lain yang diperlukan rakyat, masih mahal harganya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menziarahi warga Tionghua di sekitar DUN yang beliau wakili, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pengerusi DUN Hj Radzali Abd Ghani, Ketua Pemuda Azrin Aris, Ketua Kebajikan Ustaz Yusof Yahya, Ketua HALWA yang juga isteri Haji Wahid Hajah Wan Fatimah Wan Abdullah serta Ketua Kebajikan Muslimat DUN Puan Azizah Mahmood.
IMG-20150217-WA0062Oleh itu, Haji Wahid yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menggesa pihak kerajaan melaksanakan satu mekanisme yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah harga barang supaya ia boleh dikawal.
“sepatutnya kerajaan memikirkan satu mekanisma yang lebih baik bagi memastikan supaya akhirnya rakyat dan pengguna tidak dibebankan dengan harga barang yan tinggi,
“kerana ia akan menjejaskan (mereka) apabila kos hidup mereka terus (meningkat dan) dikawal dengan baik,”tegasnya.
Sehubungan itu, menurut Puan Azizah program lawatan disamping mengagihkan ‘limau mandarin’ tersebut adalah program ‘tradisi’ DUN Wakaf Mempelam setiap kali menjelang Tahun Baru Cina.
“kita mahu orang Cina yang ada dalam DUN kita tahu bahawa kita juga meraikan ‘hari besar’ mereka, ini sebagai tanda bahawa PAS sebuah parti yang boleh di terima semua,”jelasPuan Azizah.
Menurutnya, seramai 80 orang warga Tionghua, kebanyakannya para peniaga menerima pemberian PAS itu dengan baik dan mereka sudah pun menunggu-nunggu kedatangan rombongan PAS Wakaf Mempelam.

Ulasan