MBKT Digesa Kaji Perlaksanaan Kenaikan Harga Lesen Peniaga

IMG-20150212-WA0030 (2)
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu bersama beberapa NGO telah menyerahkan memorandum bantahan kenaikan bayaran lesen perniagaan bagi peniaga kecil sekitar Kuala Terengganu di pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).



Beliau berkata, memorandum diserahkannya itu bagi mewakili suara peniaga kecil di sekitar bandar Kuala Terengganu untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga lesen perniagaan.
“Antara kandungan memorandum adalah, berdasarkan keadaan ekonomi semasa, peniaga kecil tidak mampu untuk membayar kadar kenaikan lesen perniagaan yang dikenakan, kerana hasil jualan mereka berkurangan pada masa ini.
“Berikutan masalah itu juga, peniaga meminta supaya kerajaan negeri mempertimbangkan semula kadar bayaran atau mencari kaedah pembayaran yang tidak membebankan mereka,” katanya kepada pihak media selepas serahan memorandum itu pada Khamis, 12 Februari.
IMG-20150212-WA0039 (2)Hadir sama, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Ahmad Amzad Hashim; Koordinator Jingga 13, Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil dan jawatankuasa Gabungan Anak Terengganu (Gate) yang turut tandatangani memorandum berkenaan.
Raja Bahrin berkata, beliau tidak mempersoalkan sebab-sebab mengapa harga lessen tersebut dinaikkan, tetapi katanya, perlaksanaannya membebankan peniaga khususnya peniaga kecil.
Memorandum tersebut telah diterima oleh Setiausaha MBKT, Marzuki Endut.
Sehubungan itu, Marzuki berkata, pihaknya akan meneliti kandungannya (memorandum) bagi melihat semula kewajaran kadar kenaikan itu sekali gus membawa usul terbabit kepada kerajaan negeri.
Sementara itu, Amzad meminta pihak MBKT meniliti kembali perlaksanaan kenaikan harga lesen tersebut yang disufatkannya sebagai tidak adil.
Katanya, MBKT perlu membezakan diantara peniaga besar dan kecil serta perniagaan hotel-hotel besar berbanding pengusaha hotel-hotel kecil.
Beliau juga mahu pihak MBKT meningkat tahap perkhidmatan dan kemudahan bandaraya Kuala Terengganu sejajar dengan kemajuan dan memberikan kemudahan kepada para peniaga yang majoritinya adalah di kalangan Melayu Islam.

Ulasan