Muslimat ‘Disuntik’ Dengan Ucapan Semangat Ketuanya


Screenshot (664)KUALA TERENGGANU – Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) yang berakhir pada Sabtu 31 Januari Memberi makna yang cukup hebat pada semua ahli dan penyokong PAS seluruh negeri Terengganu.
Program yang di adakan awal tahun 2015 ini seolah-olah ‘pukulan gong’ kepada semua jentera parti yang terlena.”



muslimat harapHARAP 3.1 ini di harap menjadi titik permulaan kepada muslimat untuk mengatur gerak kerja lebih berstrategi dan berdaya saing, harap sangat supaya HARAP 3.1 membawa harapan yang baru kepada muslimat,”ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Puan Safinah Jusoh .
Beliau yang ditemui seusai program 10,000 langkah bersama muslimat dan selebriti terkenal Abby Abadi yakin PAS menjadi harapan untuk membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Terengganu.
“masih mendapat sambutan yang hebat…………….ini dapat dilihat pada kehadiran yang di luar jangka……….walau dalam keadaan berdebu kehadiran anggaran mencecah hampir 10 ribu orang………dengan pengisian yang padat dan begitu bersemangat,”jelasnya.
Kemuncak program muslimat ialah Forum Sembang Santai bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat YB Siti Zailah Yusof bersama Abby Abadi.
20150131_161204 (2)Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menyeru para muslimat agar memperkemaskan program, berstrategi membezakan antara PAS dan Umno.
“kita kena mengatur jadual gerakkerja kita biar kemas dan berstrategi,muslimat kena pandai mengatur kerja supaya nampok perbezaan kita dengan UMNO,
“kita jangan duduk diam,apa yang berlaku sekitar kita berada dalam makluman kita…..itu namanya muslimat yang bijak,”ujarnya bersemangat.
Bicara petang yang seakan menjadi saksi muslimat akan terus bangkit memulakan langkah di iringi dengan suntikan penuh bersemangat.
Siti Zailah menambah, muslimat perlu terus berusaha dan bersabar menghadapi pelbagai ujian dan rintangan.
“muslimat kena sabar, dengan sabar kita mampu meraih kemenangan walaupun di sekeliling penuh dengan ujian yang mampu mengugat hati dan perasaan kita…….dalam jamaah tangani musaqqah dengan perbanyakkan solat hajat.
“bina kekuatan dengan ilmu Allah dan bina kesinambungan kerja yang mantap bersama generasi pelapis”itu ucapan penutup penuh emosi dan harapan dari seorang pemimpin.,”tegas beliau.
Angin pantai menjadi saksi bahawa muslimat cukup terkesan oleh suntikan ucapan dari semua ahli panel dalam Forum tersebut.

Ulasan