NGO Jangan Hanya ‘Tinggal Nama’ Sahaja


IMG-20150222-WA0095 (2)KUALA TERENGGANU – Kewujudan dan peranan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) haruslah diperkasa agar matlamatnya jelas dapat membantu dan memberikan impak kepada kesejahteraan masyarakat.
Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) PAS Terengganu Haji Yahaya Ali, menegur segelintir NGO yang wujud hanya sekadar ‘nama’ sahaja, tanpa sebarang aktiviti bermanfaat.


IMG-20150222-WA0094“NGO mestilah berperanan sebagai NGO. Orang politik pula buatlah kerja politik. Masing-masing ada strategi dan peranan yang perlu dimainkan.
“Bukan hanya sekadar nama dan tiada ‘taring’ tiada manfaat untuk masyarakat “, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada satu Majlis Makan Malam NGO Muslimat Terengganu pada Sabtu 21 Februari.
Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Pengerusi Lajnah NGO Muslimat PAS Terengganu, Puan Raja Endun Raja Abdul Rahman dan Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Haji Ahmad Amzad Hashim.
Sehubungan itu, Amzad turut menekankan bahawa kewujudan NGO adalah penting dan sebagai faktor pendesak kepada pihak kerajaan melaksanakan sesuatu program yang lebih baik dan membawa kebaikan kepada umum.
Beliau memuji pendirian Muslimat yang bersama-sama NGO Terengganu ketika menggesa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membatalkan kenaikan kadar cukai pintu pada tahun lalu.
“Saya masih ingat, ketika kerajaan negeri Terengganu mahu menaikkan cukai pintu kepada penduduk Kuala Terengganu, muslimat antara yang paling berani menyuarakan bantahan kenaikan cukai ini.
“Muslimat berani menyertai demo aman dan berpanas di tepi jalan mengadakan ‘flashmob’. Saya pun ketika itu turut semangat sertai muslimat ketika itu dan pegang banner membantah kenaikan cukai pintu,”kata Amzad.
IMG-20150222-WA0098Katanya, hasil dari suara gabungan dan peranan pelbagai NGO serta desakan PAS, akhirnya telah berjaya menghentikan tindakan kerajaan Terengganu untuk menaikkan cukai tersebut tidak menaikkan cukai pintu.
Majlis makan malam buat julung kalinya diadakan oleh Lajnah NGO, Kerajaan dan Swasta (NGOJKS) Muslimat itu telah berjaya menghimpunkan hampir 200 orang aktivis, yang turut menjadi penyumbang.
Pengerusinya Raja Endun bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak, di atas kejayaan penganjuran program yang berjaya mengumpulkan sejumah dana bagi melancarkan gerakerja lajnah tersebut.
Beliau menambah, kerja NGO ini bukan kerja individu, tetapi merupakan kerja ‘kolektif’ atau berjamaah yang bertujuan meningkatkan amalan dan ibadat bagi mencari redha Allah.
“Kita akan pastikan NGO Muslimat memainkan peranannya yang terbaik bagi memberi kesejahteraan kepada semua.
“Yang penting, NGO zahirkan peranannya, walau pelbagai pendekatan dan watak mereka, sudah pasti matlamat mereka hanyalah yang satu iaitu membawa kepada kebaikan dan Islam “, ujar beliau ketika ditemui selepeas Majlis yang diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa, selebriti TV dan pendakwah bebas, Ustaz Haryanto Rizal Rokman.

Ulasan