Beribu-ribu orang telah pun berpusu-pusu membanjiri kawasan kejiranan Pulau Melaka khususnya Ma’ahad Daruk Anwar di mana terletaknya rumah al-marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaik berita kepulangan mantan Menteri Besar Kelantan itu dari hospital kira-kira jam 8.30 malam, kerana sukar bernafas dan tidak sedarkan diri, rakyat negeri Kelantan yang jauh dan dekat telah berpusu-pusu mengunjungi rumahnya.
Pihak kami yang tiba kira-kira jam 12.15 tengah malam, masih melihat orang ramai bertali arus dan bersesak-sesak untuk menziarahi jenazah Mursyidul Am PAS itu.
Kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan secara rasmi kehilangan murabbi yang disifatkan oleh Menteri Besarnya, Dato’ Ustaz Ahmad Yakob sebagai mutiara ulamak yang meninggalkan kesan mendalam dihati.
“Pada 9.45 malam, 12 Februari, 2015, perginya seorang murabbi yang juga mutiara ulama yang saya kira sangat-sangat memberi kesan kepada kita,
“Pemergian adalah satu yang tidak boleh kita ganti kita doa dan harap semoga ruh Allahyarham Dato Bentara Setia ditempatkan bersama-sama para pejuang dan mujahid Islam,”ujarnya pada sidang media selepas menziarahi jenazah al-marhum, pada jam 12.40 pagi, 13 Februari.
Dato’ Ustaz Ahmad juga berkata, al-marhum telah mencurahkan begitu banyanyak jasa dan baktinya kepada umat Islam dan gerakan Islam bukan sahaja di Kelantan, bahkan negara dan seluruh dunia.
“Dimana beliau telah begitu banyak berjasa kepada gerakan Islam dan perkembangan Islam semasa,
“Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan secara rasmi pemergian kematian Allahyarham
Dan In sha Allah kita akan mebgadakan solat jenazah pada 10 pagi esok,”jelasnya
Oleh itu, beliau berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi menyempurnakan jenazah tersebut.
“Kita mengharapkan kerjasama semua Islam pengunjung dari dalam dan luar negeri supaya dapat kita sempurna pengkebumian Allahyarham,”katanya.
Ulasan