Pemuda, DHPP Harap Tok Guru Kekal Menjadi ‘Ikon’


20150213_101038 (2)KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Marhum Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diatas kepulangan beliau ke rahmatillah.
Timbalan Ketuanya Ustaz Hishamuddin Abd Karim menyifatkan al-Marhum sebagai ‘role-model’ yang membentuk dan membina kehidupan orang-orang muda.



hishamuddin abd karim“kita sememangnya……..anak-anak muda cukup mengambil manfaat daripada jasa besar daripada al-Marhum Tuan Guru yang telah membentuk dan membina keuntuhan perjuangan PAS khususnya dikalangan anak muda,”ujarnya.
Beliau yakin segala pengajaran dan pesanan al-Marhum akan diwarisi dan disambung oleh semua orang muda khususnya pemuda PAS.
Dr Bala GK“In sha Allah legasi yang ditinggalkan oleh dato’ tuan guru akan disambung dengan anak muda sebagai salah satu daripada kesinambungan perjuangan yang diwarisi,”ujarnya ketika ditemui diperkarangan masjid Tok Guru di Kampung Pulau Melaka.
Sehubungan itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu melahirkan rasa terharu dan dukacita dengan ‘pemergian’ Tok Guru.
Pengerusinya Dr. Bala Chandran GK menyifatkan Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh dan disegani oleh semua pihak.
“Saya mewakili DHPP Negeri Terengganu memang rasa terharu, sedih kerana kehilangan seorang yang begitu berpengaruh dalam dunia Islam dan juga seorang pemimpin yang disegani,
“memang susah untuk mencari pengganti dia, DHPP mengucapkan takziah bagi Nik Abduh dan seluruh keluarga tuan guru dan berharap roh Tok Guru diletakkan dikalangan muslimin yang soleh,”kata Pengerusinya Dr. Bala Chandran.
Beliau juga berharap juga, al-Marhum Tok Guru terus menjadi ‘ikon’ dan kata-katanya menjadi panduan kita untuk terus meneruskan perjuangan bagi menegakkan keadilan dan pentadbiran Islam.

Ulasan