Rumah Terbakar Kali Ke Empat Dalam Tempoh Sebulan


IMG-20150226-WA0107DUNGUN – Selepas solat subuh di masjid Kampung Pinang Merah, kebiasaanya menjadi rutin harian Aduka Abd Rahman, 55, pergi ke pasar Dungun dengan mengunakan kenderaan pacuan empat rodanya bagi membeli bahan mentah untuk di jual di pusat perniagaan beliau, Pasar Mini Aduka, yang terletak berhadapan Maybank Paka.
Dalam perjalanannya pagi semalam, Khamis 26 Februari, beliau telah dihubungi oleh anaknya, kira-kira jam 7.15 pagi, memberitahu beliau, rumahnya terbakar.


Beliau dimaklumkan, kebakaran itu bermula dari setor pakaian lama di tingkat atas rumahnya.
IMG-20150226-WA0106Pada ketika itu Aduka yang juga Bendahari masjid Pinang Merah yang sudah berada di persimpangan lampu isyarat balai polis Dungun terus buat pusingan ‘U’ bergegas balik kerumahnya.
Aduka, ketika ditemui dirumahnya, yang terletak lebih kurang 800 meter dari masjid Pinang Merah berkata, kebakaran kali ini adalah kali ke empat untuk tahun ini sahaja.
“kebakaran kali pertama pada 31 Januari, melibatkan langsir yang sedang terpasang pada pintu, tiba-tiba terbakar sehingga tangan saya melecur, terkena percikan api dari kain langsir yang hangus jatuh ke atas tangan saya, ketika saya berehat berhampiran tepi langsir tersebut sementara menunggu solat Asar,
“kejadian kedua (berlaku) minggu berikutnya, melibatkan langsir pintu sliding utama terbakar dengan tiba-tiba, anak sempat memadam api itu,
IMG-20150226-WA0109“Minggu berikutnya berlaku 2 tempat, satu rak pakaian tingkap atas dan satu lagi kebakaran langsir ditingkat bawah, juga api sempat dipadamkan,”jelasnya.
Beliau berkata, kebakaran terbaru berlaku menyebabkan beliau sekeluarga, isteri dan 10 orang anak termasuk seorang ibu mertua yang tinggal dirumahnya, hilang tempat berteduh.
Pasukan Bomba dari balai Bomba Paka mengambil masa setengah jam untuk memadam kebakaran yang telah merebak, lebih 90 % bangunan rumahnya, dimana bahagian atas hangus sama sekali.
Aduka berkata, beliau tidak tahu apakah sebenarnya punca kebakaran yang berlaku pada setiap minggu sejak Januari lalu.
“Angaran kerugian mencecah RM150,000.00 temasuk perabut, barangan eletrik, pakaian, buku serta kitab, barang kemas, wang tunai dan lain-lain.
“Untuk sementara rumah yang terbakar dibaikpulih siap sepenuhnya, saya terpaksa berpindah ke rumah lain,”katanya.
IMG-20150226-WA0108Sehubungan itu, PAS cawangan Pinang Merah yang di ketuai oleh Che Wan Mustafa Bin Wan Kaman telah mengerahkan seluruh ahli masyarakat bergotong royong membersih sisa runtuhan kebakaran, melibatkan lima buah bilik di tingkat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli adalah antara pemimpin paling awal tiba di tempat kejadian.
Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu meminta semua pihak agar dapat membantu keluarga Aduka bagi usaha membaikpulih rumahnya yang terbakar tersebut dengan kadar segera.

Ulasan