Seminggu Yang Penuh ‘Berita Kematian’

IMG-20150206-WA0069 (2)
KUALA NERUS – Seminggu selepas peristiwa Allahyarham adik Ahmad Khairul Azmi bin Mahyuddin meninggal dunia kerana lemas di sungai Kuala Nerus, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh berturut-turut ‘dilanda’ berita kesedihan warganya.
ADUNnya Ustaz Hishamuddin Abd Karim menyifatkan, minggu lalu sebagai ‘seminggu yang penuh dengan berita kematian’.


ususng jenazah hishamuddin“(Ia) menjadi peringatan bahawa dunia ini hanya pinjaman dan akhirat yang kekal abadi,”ujarnya melalui laman sosialnya.
Menurutnya, pada pagi Jumaat, 6 Februari, beliau dimaklumkan kematian Pok Yasin atau Yasin bin Salleh, adik ipar kepada Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik.
“Insya-Allah, solat Jenazah selepas Solat Jumaat ini di Masjid Jamek Tok Jiring. Semua dijemput turut hadir. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keampunan,”tambahnya.
Pada hari yang sama juga, beliau turut dimaklumkan tentang kematian Puan Sabariah bt Yusuf, isteri kepada Pok Awang Paip dari Kampung Banggol Binjai, Tepoh, yang meninggal pada malam sebelumnya.
Almarhumah semasa hayat merupakan Naib Ketua Muslimat Cawangan PAS kampung tersebut yang benayk berbakti kepada masyarakat setempat.
solat jenazah hishamuddinSehari sebelumnya, pada Khamis, Ustaz Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus telah mengimamkan solat jenazah Allahyarham Wan Abdullah @ Sulong bin Ahmad, dari Kampung Bukit Berangan.
Seusai solat di masjid kampung tersebut, beliau merakamkan takziah kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi kehilangan arwah.
“Kita rakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keampunan,”kata beliau.
Pada Isnin, 2 Februari lalu, Ustaz Hishamuddin berkunjung ke Kampung Pondok Lalang, Tepoh, menghadiri solat jenazah Almarhumah Kak Yah atau Noriah bt Mamat yang kembali ke rahmatullah jam 1 pagi.
Menurutnya, almarhumah merupakan ibu tunggal meninggalkan empat anak yatim, kini yatim piatu.
Pada hari yang sama juga,beliau menziarahi keluarga Pok Pa di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, bagi menyampaikan sendiri ucapan takziah atas kematian ibu mertua Pok Pa, Mok Teh Yoh atau Asiah bt Ahmad, yang telah kembali ke rahmatullah pagi Sabtu yang lepas.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan kepada mereka semua!

Ulasan