‘Tranformasi Terengganu Baharu’ Indah Khabar Dari Rupa


IMG-20150224-WA0074KUALA TERENGGANU – Pertukaran Menteri Besar Terengganu yang didakwa membawa ‘rentak baharu’ dalam pentadbiran pembangunan negeri Terengganu dengan slogan ‘Transformasi Terengganu Baru’.
Namun sebaliknya, ia adalah ‘indah khabar dari rupa’ apabila semakin banyak kemelut dan kepincangan yang berlaku.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, MB yang baru hanya mengulangi kelemahan masa lampau dan melaksanakan banyak tindakan yang menyusahkan rakyat bawahan.


IMG-20150226-WA0092“kalau dulu masa Menteri Besar lama………….banyak projek yang membazir dan perancangan yang tidak mesra rakyat, (sekarang) Menteri Besar yang baru seakan mahu mengulangi kelemahan dulu,
“dengan membuat perancangan yang menyusahkan golongan berpendapatan rendah, menaikkan cukai pintu dan lesen premis perniagaan,”ujarnya.
Beliau mendakwa, kerajaan negeri kini seolah-olah tidak langsung mengambil kira keluhan golongan ‘marhaen’.
Haji Wahid berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Forum Kemelut Ganu Kite’ anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu pada Selasa petang, 24 Februari.
Haji Wahid menegaskan, kerajaan mesti menurunkan harga barangan dan perkhidmatan berikutan penurunan harga minyak sebanyak dua kali.
Walaupun PAS menyokong tindakan menguatkuasakan Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, tetapi kerajaan juga wajib tempat-tempat hiburan yang menjadi tempat ‘pembiak’ maksiat.
“Dalam masa yang sama pihak kerajaan negeri menganjurkan banyak tempat tempat hiburan pada hujung minggu,
IMG-20150224-WA0073“semua tindak tanduk yang tidak konsisten oleh kerajaan negeri ini seolah melempar batu sembunyi tangan dan tidak bijak dalam mengurus tadbir negeri,”jelas Haji Wahid ketika menjawab soalan peserta muslimat berhubungan polisi kerajaan negeri.
Forum yang diadakan di Surau al-Ansar Gong Pauh dekat sini mencatat kehadiran di luar jangkaan iapabila hampir seratus orang peserta menghadirinya.
Perbincangan isu semakin hangat dalam majlis yang turut disertai oleh Presiden Ganti Haji Ahmad Amzad Hashim, apabila pelbagai persoalan diajukan.
Amzad mendedahkan tentang banyak projek-projek membazir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Antaranya, kata beliau adalah, projek pembinaan kawasan ‘Bebas Cukai’ di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, telah menelan kos yang tinggi, namun masih tidak boleh dibuka kepada orang ramai.
“projek perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang sehingga kini tiada yang mengaku bertanggungjawab ……….sedangkan kawasan tersebut sudah hampir botak di gondol oleh tangan tangan ajaib,”menurut Amzad.

Ulasan