Ziarah Kaum Tionghua Bukan Kerana Politik


IMG-20150218-WA0067KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa, PAS menyantuni masyarakat Tionghua adalah kerana undi mereka.
Sebaliknya, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Muslimat Terengganu Puan Khairiah Mokti berkata, bantuan dan sumbangan yang diberikan adalah atas dasar kemanusiaan, membantu masyarakat yang kurang berkemmampuan.
“Kita santuni dan jaga kebajikan masyarakat Tionghua bukan kerana undi mereka, malah yang penting adalah atas dasar kemanusiaan.


“Kita membantu dari segi kewangan dan bantuan pendidikan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
“Muslimat kita juga turut turun ziarah terutamanya warga emas Tionghua yang dhaif,”, ujarnya
IMG-20150218-WA0063Menurutnya, populasi bukan Melayu di Terengganu tidak ramai, dan bukan menjadi undi penentu kepada kemenangan calon yang bertanding.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gerak kerja Muslimat Terengganu mengedarkan buah limau rumah ke rumah kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina.
“(mereka) tinggal beberapa kawasan sahaja yang didiami mereka. Namun, kami akan pastikan kebajikan mereka juga terjaga. Gerakerja kebajikan kami juga lebih mudah dan berkesan dengan bantuan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)”, tambah beliau.
Katanya, program silaturrahim yang diadakan menziarahi masyarakat Tionghua diadakan di sekitar Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun menjelang perayaan tersebut.
Beliau berkata, aktiviti sukarelawan Lujnah Perpaduan Nasional itu adalah sebagai duta PAS yang juga merupakan suatu tanggungjawab dan kerja dakwah untuk menyampaikan keindahan Islam kepada semua.

Ulasan