Anak Muda Diseru Jangan Membuang Waktu, Hadiri Ijtimak


http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Hishamuddin2.pngKUALA NERUS – Anak-anak muda dan para remaja diingatkan agar tidak membuang wak dan melakukan perkara-perkara berfaedah sepanjang cuti sekolah yang bermula semalam.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Hishamuddin Abd Karim turut menjemput semua anak-anak muda dan para remaja untuk hadir ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 yang akan diadakan di perkarangan masjid Rusila dari 19 hingga 22 Mac ini.


“saya nak beri ingatan supaya anak-anak muda dan para remaja sempena cuti sekolah ini agar jangan membuang waktu buat benda-benda yang tidak ada manfaat,
banner Ijtimak Alami“saya mengajak semua anak-anak muda untuk hadir bersama-sama Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah bagi mendengar ucapan sambil santai, mengetahui tentang isu-isu umat Islam seluruh dunia dan Palestin khususnya,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Jamek Tok Jiring dekat sini, semalam 13 Mac.
Katanya, orang ramai boleh menyertai Ijtimak tersebut dengan membeli ‘button badge’ Ijtimak berharga RM5, sebagai tanda ‘peserta’ program antarabangsa itu.
button badge ijtimakSebelum itu, dalam khutbahnya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh membakar semngat para jamaah tentang perjuangan para ulamak silam yang mnerima pelbagai dugaan dan cabaran dalam perjuangan menegakkan Islam.
Antaranya, kata beliau, Imam Ahmad Ibn Hanbal yang ditangkap dan dipenjara serta dirotan oleh penguasa, semata-mata kerana beliau mahu menegakkan kebenaran.
Menurutnya, perjuangan Islam sehingga kini terus dipimpin oleh para ulamak dan menyeru semua pihak agar terus memberikan sokongan agar Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini, khususnya di negeri Terengganu.

Ulasan