ARC Menabur Bakti

IMG-20150320-WA0075
MARANG – Bertepatan dengan motto mereka ‘Kami Menunggang Dengan Kebajikan’, Kelab Pemanduan Altenatif (ARC) yang bernaung di bawah Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) telah mengarahkan kesemua ahlinya hadir menabur khidmat dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah.


IMG-20150320-WA0071Dengan kekuatan 150 buah motosikal, ahli ARC telah ditugaskan untuk membawa para peserta dan pengunjung daripada tapak letak kereta ke tapak program.
Ianya dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu bermula jam 7 pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 7 petang dan 8 malam hingga 12 malam.
Selain itu, bertempat di kanopi DPPNT, ARC juga mengadakan pameran motosikal berkuasa tinggi. Hampir 70 buah pelbagai berbagai jenama mengambil bahagian.
‘Ramai pengunjung datang melawat ke booth kami, ada yang datang berkeluarga, yang datang untuk bergambar dengan motor yang kami pamerkan,’ hujah Ketua ARC Malaysia, sdr. Wan Mohd Riduan.
‘Kita juga membuka kaunter pendaftaran keahliah ARC, alhamdulillah.. dalam masa 2 hari ini, lebih daripada 150 keping borang penyertaan telah kami,’ tambah beliau lagi.

Ulasan