KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dipilih melalui muktamar dan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang telah diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
Menurutnya Lim Kit Siang sepatutnya mengajar anak-anak muda dengan sabqr dan waras dalam menghadapi permasalahan politik.
“Saya mengambil tanggungjawab bersama dengan rakan-rakan saya bagi mempertahankan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan serta Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (EJSK) yang telah diluluskan sebulat suara oleh semua Adun di Sidang DUN Kelantan baru-baru ini.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya sikap kurang ajar dan biadap ini oleh Lim Kit Siang, sebagai seorang orang tua,
“dia seharusnya mempunyai kesabaran dan kewarasan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik, dan bukannya memilih jalan perbalahan yang menguntungkan Umno-BN,”tegasnya.
Beliau yang juga ADUN Bukit Payong dalam kenyataanya menyifatkan, secara tersurat Kit Siang telah menolak dan menghina Presiden PAS.
Ustaz Mohd Nor mendakwa, pemimpin lama DAP bertindak demikian kerana mahu menutup malu apabila kepimpinannya ditolak oleh rakyat Malaysia.
“kononnya ketegasan politik, akan tetapi disebalik itu saya percaya sebenarnya secara tidak jujur dia (Kit Siang) mahu menutup malunya,
“apabila kajian menunjukkan penolakan rakyat kepada beliau yang semakin ketara petunjuknya,”jelasnya.
Dengan membuat kenyataan yang secara terang itu, kata Ustaz Mohd Nor, mungkin Kit Siang menjangkakan status dirinya akan melonjak semula.
“terutama setelah secara terbuka (Kit Siang) mengajak BN membentuk kerajaan (campuran), Ini adalah jelas sebagai satu sikap mengkhianati undi rakyat.
“Sikap yang sama turut dikongsi oleh anaknya Lim Guan Eng,”katanya.
Menurut Ustaz Mohd Nor, serangan keatas PAS juga adalah modal ‘politik murahan’ DAP dalam rangka strategi mereka bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.
Malah, kata beliau, DAP dalam keadaan sedar bahawa tiada parti yang boleh membentuk kerajaan pusat tanpa bergabung, tetapi, lakonan DAP itu hanya memakan diri.
“kerana sikap demikian, tidak melambangkan aspirasi rakyat. PAS yang telah diakui kawan dan lawan terutamanya dalam aspek kebajikan serta kesungguhan menjunjung politik bersih dan adalah sebuah parti yang paling terpecaya bagi rakyat Malaysia.
“Oleh itu tidak hairan bagi parti lain yang cuba memusnahkan kredibiliti PAS dan seterusnya cuba meletakkan PAS setaraf dengan parti-parti sekular yang lain,”ujarnya lagi.
Neliau turut memberi ingatan, kepada golongan-golongan yang cuba memusnahkan PAS, agar jangan menyangka PAS sebuah parti yang rapuh, yang mudah rebah dengan ugutan.
“jangan kamu menyangka PAS akan rebah dengan ugutan sebegini, tapi dengan izin Allah kami akan menjadi lebih teguh merapatkan saf kami dan berdiri menjadi perisai kepada Islam,”tambahnya.
Ulasan