‘Lukisan Ijtimak’ Dibida RM20K, Dibayar RM27K


lukisan ijimak (2)KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha bot pelancong berasal dari Merang, Setiu, Azhari bin Che Razak, 29, telah membida sebuah lukisan yang menjadi tema Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 dengan harga RM20,000.
Beliau berkata, tujuan beliau membida lukisan tersebut adalah untuk memberikan bantuan ‘infaq’ kepada perjuangan, tertamanya kepada bidang pendidikan Islam yang di anjuran oleh PAS.


“sebab saya tengok sumbangan di sini perlu banyak lagi…..dari segi segi Tok Guru (Abdul Hadi Awang) nak bina sekolah…….memang kita (saya) ada niatlah (untuk) infaq kearah tu,”ujarnya ketika ditemui pihak media.
Beliau yang belum pernah membida sebarang lukisan sebelum ini berkata, beliau bukanlah peminat seni, tetapi pembelian lukisan itu didorong dari niat beliau untuk menyumbang semata-mata.
pelancaran perasmian ijtimakSehubungan itu, pihak Urusetia Ijtimak mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Azhari yang telah memberikan sumbangan tersebut.
Menurut Pengarah Urusetia, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, lukisan tersebut telah diusahakan oleh seorang pelukis dan penulis Khat terkemuka, Ustaz Alias.
“lukisan itu menjadi tema Ijtimak Antarabngsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, dijadikan ‘gimik’ semasa pelancaran…….perasmian Ijtimak,
“kemudian kita buka kepada mana-mana pihak yang mahu menyumbang dengan membuat lelongan umum dan akhirnya, Azhari telah menjadi pembida yang tertinggi,”ujarnya Wan Sukairi.
Bahkan, menrut Ustaz Wan Sukairi, beliau yang mengambil lukisan tersebut pada hari Ahad, 22 Mac, telah membayar harga lukisan tersebut dengan dua keping emas ‘public gold’ yang bernilai RM13,000 setiap keping.
Dengan itu, sumbangan beliau, kata Ustaz Wan Sukairi, sebenarnya adalah berjumlah RM27,000 kerana sebelumnya, pada Sabtu 21 Mac ketia beliau mengesahkan pembelian tersebut, beliau telah menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM1,000.

Ulasan