Mahasiswa Undang-undang Juara Pidato Ijtimak

pidato mulimin Ijtimak (2)MARANG – Mahasiswa tahun ketiga Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Pidato yang diadakan sempena penganjuran Ijtimak Antarabagsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3.
Azzan Aznan bin Rahim, yang sedang mendalami jurusan undang-undang diUniversiti tersebut, telah mengenepikan 7 peserta yang lain dalam acara yang diadakan pada jam 5 petang Jumaat, 20 Mac.


Beliau mengucapkan rasa syukur atas kemenangannya dan menyifatkan ia adalah ‘tuah’ sempena ulang tahun kelahiran ibunya.
Azzan“Alhamdulillah saya mengucapkan syukur kepada Allah dan ini saya kira hadiah yang tinggi kerana ia adalah peringkat antarabangsa, (ia) hadiah akan menjadi hadiah sempena hari lahir mak saya nanti insyaallah,”ujarnya ketika ditemui.
Mengulas tentang pencapaiannya itu beliau berkata, para pemidato tersohor seperti Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, merupakan ‘inspirasi’ kepadanya.
“saya kerap melihat pidato-pidato pemidato Asia terutamanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Presiden Sokarno, (selain menonton) video Nelson Mondela dan Martin Luther King,
“jadi saya kata ‘mengapa tidak’ saya mencuba nasib untuk bertanding,”jelasnya.
Katanya, dengan menonton video pemidato tersebut dapat meningkatkan semangatnya dalam membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Azzan Aznan berasal dari Kelantan, pernah menetap di Sabah selama 14 tahun dan kini tinggal di Perak, memenangi hadiah pertama sebanyak RM1000, juga merupakan seorang aktivis sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di UIA

Ulasan